Assalammualaikum,
Sudah hampir lebih sebulan tidak menulis di blog peribadi ini, jadi untuk kali ini, saya berhasrat untuk berkongsi sesuatu.
Sesuatu yang sebahagian di luar sana tahu apa yang akan ditulis, dan sebahagian lagi sedang mengusahakannya.
Saya sudah membaca dan menonton video (pelbagai motivasi kejayaan) dan memang benar ianya terletak pada dua perkara penting ini.
Sebelum ini ingin saya menegaskan, agama tetap perkara utama dalam kehidupan seseorang.
Dengan menjaga hubungan dengan Allah, insyaAllah kehidupan akan berjaya.
Ianya tidak perlu dimasukkan dalam senarai apa yang penting dalam hidup. Kerana ianya tersangat penting dalam kehidupan.
Kerana Islam itu satu perkara yang membawa anda kepada kejayaan.
Apakah dua perkara di dunia ini?
–
Ibubapa.
Menjaga hubungan antara ibu dan bapa kita amat penting untuk kejayaan kita.
Doa mereka sememangnya cash terus sebahagian di dunia dan sebahagian terus di akhirat.
Jagalah mereka. Kita hanya ada sekali sahaja mereka. Lepas mereka tiada, tiada pengganti dah.
InsyaAllah lapang dada anda tatkala menerima rezeki melimpah ruah sekalipun.
Tidak berguna mendapat kekayaan tetapi hati tidak tenang dan sentiasa risau.
–
Sedekah dan zakat
Kita perlu tahu, walaupun sesempit mana kita di akhir bulan atau bagaimanapun,
Cuba sedaya upaya untuk menderma dan kalau boleh seawal dapat gaji, teruskan menderma sedikit jika dikhuatiri hujung bulan kesempitan wang.
InsyaAllah, dengan menjaga kedua-dua ini.
Kehidupan akan lebih berjaya dan diberkati.