Assalammualaikum,
Sering kali saya melihat, kemunculan pelbagai jenis entri2 blog, facebook, dan sebagainya yang memaparkan gambar-gambar yang mungkin tidak berfaedah serta mungkin mendatangkan mudarat untuk tontonan pihak umum.
Sekalipun untuk menasihat, adalah tidak boleh terus merujuk kepada pelaku kecuali melibatkan kemaslahatan umum iaitu sesuatu perkara yang orang awam juga terlibat sama. Seperti penggunaan wang rakyat yang disembunyikan dan sebagainya.
Adalah bagus sekiranya tidak memaparkan terus sebarang gambar atau juga video yang mungkin mendatangkan dosa percuma kepada kita walaupun ianya sangat baik iaitu mendidik masyarakat untuk tidak terjebak dan sebagainya.
Ini kerana ianya berkongsi dengan pembaca dan secara tidak langsung mendatangkan kemudaratan kepada kita.
Mungkin sebenarnya apa yang boleh dikongsi adalah dengan menukar sesuatu post atau entri yang negatif kepada yang positif.
Tetapi sekiranya ianya dikaburkan dan hanya berikan salinan original kepada pihak yang boleh mengambil tindakan, saya rasa itu lebih baik.
Untuk tontonan pihak umum, kita mungkin boleh kaburkan dan hanya edarkan kepada pihak yang akan mengambil tindakan.
Tetapi seperti biasa, kadang-kadang ianya memerlukan gerakan yang lebih maju sekiranya pihak berkuasa lambat mengambil tindakan dengan memaparkan salinan asli dan sebagainya.
Terdapat pelbagai pendapat dan sebab. Namun, yang pasti cuba sedaya upaya untuk postkan entri yang sia-sia.
Banyakkan kongsi sebarang ilmu bermanfaat walaupun sekadar sebesar zarah sahaja perkongsian tersebut.
Baru-baru ini terdapat fungsi whatsapp baru iaitu blue tick.
Bagi saya itu bagus kerana memaparkan kejujuran kita.
Saya rasa, jika tak mahu boleh disablekan tetapi jika boleh bersifat jujur lagi bagus.
Biasalah manusia, walaupun sebenci mana orang tersebut, apabila mesej whatsapp itu tiba, di baca juga tetapi mahu dibaca secara rahsia seperti SMS yang dihantar orang tak tahu kita buka atau tidak.
Sedangkan mungkin sebenarnya individu tersebut membukanya sedangkan tadi mengatakan benci dan tidak mahu berurusan lagi dengan individu terbabit.
Saya tidak ada masalah dengan sebarang fungsi ini. Jika saya baca pun dan tertera blue tick tersebut, jika ada masa saya balas. Jika tidak saya tunggu atau tidak membalasnya.
Dan saya pun tak kisah jika ada orang dah baca entri saya tetapi lambat membalasnya.