Assalammualaikum,
Diam tidak diam, kita telah hampir tiba sekitar penghujung bulan November dan selepas ini bulan December 2014.
Dalam tahun 2014, pelbagai perkara baru saya tahu dan mungkin patut dikongsi bersama.
Tahun ini di mana tahun alhamdulillah kehidupan bertambah bahagia, rezeki yang baik dari Allah S.W.T. dan juga tahun peningkatan semangat bekerja kerana minat.
Itulah, jika anda buat apa juga kerja sekalipun jika tiada minat, adalah lebih baik berhenti sahaja dari berusaha untuk jadi terbaik.
Ini kerana sebenarnya anda mampu jadi terbaik di bidang yang anda minat.
Walaupun degree anda sehebat dan setinggi pencapaian gunung Everest, tetapi jika jauh di dalam hati jika tiada minat bidang tersebut, saya sarankan agar berhenti 100% apa yang anda buat sekarang ini dan jika bukan 100%, cuba kurangkan sedikit demi sedikit dengan membuat apa yang anda minat.
Dalam dunia ini adalah bergantung kepada niat anda.
Niat anda adalah di mana anda niat itu ikhlas, betul dan jujur.
Allah tahu apa sebenarnya anda perlukan dan sebab itu Allah sentiasa bagi apa yang anda “kehendaki”.
Tapi pelik juga jika anda minat kereta sport tetapi kenapalah tak dapat sebijik depan mata terus?
Ya, jika itu nafsu yang membuat keputusan.
Niat yang sebenar adalah apa yang terbuku dalam hati dan apa yang anda hendak adalah apa yang anda sebenar-benarnya perlu.
Sebab itu anda berdoa berjuta kali pun tak dapat apa yang diingini.
Sebab itulah Allah suruh kita berusaha dan buat perkara yang kita minat dan bersungguh-sungguh.
Apa itu usaha jika apa yang anda buat ini tidak ikhlas dan merungut?
“Saya telah berusaha nak dapatkan itu dan ini tetapi mengapalah masih tak dapat walaupun dah berdoa”
Itu kenyataan yang sering kita dengar.
Jauh dalam hati anda, cuba fikir betul ke anda berusaha terhadap perkara tersebut?
Atau usaha dengan paksaan?
Atau doa untuk tujuan tidak bagus?
Atau sememangnya anda memang tidak minat pekerjaan atau apa yang anda sedang buat ini tetapi berusaha juga untuk dapatkan ganjaran pekerjaan dan apa yang sedang dibuat ini?
Stop it.
Do the thing that you always wanted to do.
Stop bragging about why on earth Allah S.W.T. still do not granted me stuff that I want.
Sebab itulah.
Ikhlas = minat
Jika anda benar2 lakukan sesuatu itu dengan penuh minat akan timbul keikhlasan.
Anda tak boleh paksa orang lain untuk ikhlas.
Manusia ini berlainan antara satu sama lain.
Orang yang kurang berfikir sahaja anggap manusia ini sama dari segi apa yang diminati dan usaha.
Rezeki setiap individu berlainan Allah turunkan.
Oleh itu, stop making more unreasonable things.
Buat perkara yang diminati dan ikhlas.
tanyalah diri kita minat apa, berdoalah kepada Allah, tentu Dia ada jalan terbaik untuk kita
Ye betul. Mcm saya skg, saya xberapa suka kerja saya jadi setiap hari saya perlu paksa diri untuk pergi kerja. Memang seksa. Walaupun, alhamdulillah still ada keje dan gaji..tapi mcm yang tuan cakap la, keje perlu ikhlas..jadi keikhlasan tu susah nk dapat ditambah dengan sikap bos yang tidak beri kerjasama. Saya juga sedang berusaha untuk menceburi bidang yang saya minati iaitu seorg pensyarah.