Assalammualaikum,
Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah umrah beserta isteri dan anak.
Saya menggunakan pakej Tabung Haji Travel pakej NILAM. Berharga RM9200+ setiap seorang dan saya mengambil business class sebagai seat di dalam penerbangan saya untuk keselesaan. Untuk makluman musim cuti sekolah memang harganya mahal sedikit berbanding musim biasa. Tambahan pula di Makkah dan Madinah memang tengah musim sejuk sekarang ini.

Untuk entry kali ini saya membuatnya secara bersantai disebabkan saya bukan jenis boleh cerita terlalu details macam blogger2 lain buat yang semuanya dapat ingat sebutir2. Saya taruk mana yang ingat dan letak gambar untuk senang cerita.

Dalam sekitar bulan 9, saya menempah pakej ini di Tabung Haji Travel di Menara Selborn. Kemudiannya melengkapkan proses seperti suntikan UMRAH, dan lain-lain lagi. Yang penting anda kena sediakan semua yang diminta maka ianya sudah lengkap.

Berikut merupakan catatan secara santai saya.

Hari Pertama (Bertolak ke KLIA)

– Kena bangun sekitar jam 3 pagi
– Kemudian bersiap (dengan syarat semua beg telah dalam keadaan siap siaga).
– Dalam jam hampir 5 pagi bertolak ke KLIA.
– Kemudian berhenti di RnR Dengkil untuk makan dan solat subuh
– Setelah sarapan dan solat subuh terus bergerak ke KLIA
– Pak mertua saya drop kami sekeluarga di pintu Departure KLIA
– Saya mengambil troli dan meletakkan beg untuk dibawa terus ke kaunter khas Tabung Haji Travel.
– Keadaan ketika itu agak ramai juga
– Saya terus ke kaunter tersebut mengambil tag khas untuk beg dan juga kad pengenalan khas Tabung Haji Travel untuk dipakai menggunakan lanyard. Passport juga diberi kembali untuk check in.
– Kemudian kami makan lagi dan saya menukarkan pakaian saya kepada pakaian ihram.
– Sebelum itu lagi saya check in bagasi saya
– Sekitar jam 8.30 kami diberi taklimat dan perlu bergerak ke pintu C 37 menggunakan aero train kerana ianya agak jauh.
– Kemudian kami menaiki pesawat sekitar jam 10 pagi dan bermulalah perjalanan hampir 9 jam. Mujurlah menggunakan seat business class agar kakinya agak lapang siap boleh solat lagi di depannya. Makan berat hanya dua kali ya. Makan kali kedua itu boleh niat umrah terus.

Tiba di Jeddah dan Makkah
– Kami tiba disana sekitar jam 3-4 petang waktu sana. Di Malaysia kiranya jam 8-9 malam. Bayangkan dengan memakai pakaian ihram dan agak keletihan juga. Proses imigresen di sana makan masa sekitar 1 jam lebih. Kami beratur di belakang so lama.
– Sehingga solat jamak qasar Mahgrib dan Isyak dahulu sebelum menaiki bas.

Tiba di Hotel
– Kami tiba di Hotel Anjum hotel dalam jam 9 malam. Mutawif agak bagus dan baik. Sangat membantu.
– Kami makan dan kemudian berehat dalam 30 minit di hotel setelah check in beg dan masuk bilik.

Memulakan UMRAH
– Dengan saya mendukung anak, tawaf dimulakan dan biasalah agak kepenatan mendukung siap anak saya ketiduran semasa mendukung.
– Saie diteruskan 7 pusingan dalam keadaan agak baik tetapi keletihan mendukung itu ada. Bayangkan jumlah pengiraan jarak adalah sekitar 5 kilometer bermula dari hotel sehinggalah mengerjakan tawaf, saie dan seterusnya tahalul.
– Tamat sekitar jam hampir 2 pagi waktu Makkah iaitu jam 7 pagi waktu Malaysia.


Hari Kedua

– Hari kedua adalah hari berehat dan bebas
– Tiada ceramah dan kami meneruskan agenda kami untuk tawaf sunat dan mendalami cara memperbaiki umrah yang seterusnya iaitu hari ketiga esoknya.
– Saya sertakan gambar2 semasa hari kedua ini.

Hari Ketiga

– Hari ketiga adalah hari lawatan. Berdasarkan gambar yang diambil dari http://umrahtrg.blogspot.com/2011/09/miqats-for-umrah-hajj.html. Kami bermiqat di Al-Jakra’anah di sebuah masjid disitu.
– Sebelumnya lagi kami melawat Jabal Thawr, dan Jabal Rahmah. Jabal Nur hanya tengok dari bas sahaja. Kerana jika mahu pergi mutawif kata perlu ambil teksi dan pergi sendiri. TH Travel tak sediakan pakej naik ke sana.
– Seperti biasa disertakan gambar2

Hari Keempat

– Hari keempat adalah hari bebas dan rehat. Kami penuhkan aktiviti untuk ke Masjidil Haram sahaja dan sekitarnya.

 

Hari Kelima

– Hari kelima adalah untuk menunaikan umrah sunat buat kali ke-3. Untuk yang ini, saya pula menunaikan umrah setelah yang yang pada hari ketiga, saya menjaga anak untuk isteri pula buat umrah. Hari kelima ini saya pula buat.
– Kami bermiqat di Masjid Hudeibiah yang jaraknya hanya sedikit jauh dari Masjidil Haram iaitu sekitar 15 kilometer.
– Disertakan gambar2.

Hari Keenam

– Hari keenam ini merupakan hari bebas dan hari terakhir sebelum hari esoknya untuk tawaf wida. Hari keenam diisikan dengan pelbagai aktiviti di Masjidil Haram oleh kami sendiri.
– Malamnya ada ustaz briefing untuk jadual di Madinah dan juga Tawaf Wida.

Hari Ketujuh

– Ini hari terakhir di Makkah dan kami melakukan tawaf wida. Agak kesedihan juga meninggalkan Masjidil Haram ini. Namun, berdoa semasa tawaf wida agar dapat menunaikan umrah lagi pada masa akan datang insyaAllah.

Part berikutnya akan disambung untuk Madinah

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s