Influenza lagi (Influenza A)

Salam,

Ini kali kedua anak saya disahkan menerima Influenza A (sebelum ni tahun lepas Influenza B yang lagi teruk).

Tapi kena masa sebelum ke Ipoh dan sampai Ipoh bila dah demam on off maka terus ke KPJ IPOH untuk check

Selesai sahaja pulang dari KPTM IPOH sebagai pemeriksa luar (akademik), terus berjalan ke Ipoh Bali Hotel (300 meter aje dari KPTM IPOH) dan terus ke KPJ IPOH yang jarak tak sampai 500 meter pun. Tapi naik kereta still kena pusing 2km lebih melainkan mampu jalan kaki la hahahahha.

So anak aku dah diberi ubat dan kena kurantin tahap biasa di rumah. Bukan apa takut tersebarkan ke orang atau kanak2 lain yang imun depa tak tahan.

Cuti kali ni sekadar balik Ke Kedah, tidak ke negeri lain atau negara lain.

Dan memandangkan tahun depan anak dah darjah 1, maka kena lah cuti masa cuti sekolah sahaja. Itu pun belum difikirkan nak cuti di mana lagi.

Cuti sekolah yang ada dan panjang

– Bulan 3 seminggu

– Bulan 5 cuti raya

– Bulan 8 cuti seminggu jugak

– Bulan 11,12 cuti panjang.

So yang boleh panjang cuti bulan 11,12 sahaja. Yang bulan 5 dah reserve for raya. Bulan 3 dan 8 tu terhad kepada yang boleh sekadar 4,5 hari sebab kena ada hari rehat sehari dua dirumah dan bersiap untuk sekolah pula.

Apa2 pun nak dapatkan vaksin influenza untuk anak. Penting juga sebenarnya.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: