Jelajah Hotel – Ipoh Bali Hotel

Salam,

Kali ni aku stay hotel ni selama dua malam untuk tujuan lawatan Penilai Luar (Akademik) bagi Program Game Design (Diploma) KPTM IPOH.

Tiba area jam 1 terus sahaja ke kedai makan Restoran Simpang Tiga. Makanan situ amat sedap bagi kategori makanan Padang INDONESIA.

Seterusnya kami sekeluarga terus check in Hotel Ipoh Bali sekitar jam 3 lebih.

Amat terpersona jugak dengan kemudahan dan kelengkapan hotel ni sebab nak tempah pun kene tempah awal. Walk in susah ler nak dapat. Harga pun standard bermula RM200++ per bilik.

Nanti di bawah2 aku explain perihal Pros and Cons

Aku kat sini tujuan adalah sebagai panel luar program Game Design Diploma KPTM IPOH.

So hampir dari jam 9 pagi hingga 4 petang lebih berada di KPTM IPOH pada 20 Dec tersebut.

Dan tak sangka jumpa super2 senior MRSM KUANTAN ketua di situ (KPTM IPOH) iaitu Kak Rosma (Batch 1984 SPM). Tak lahir lagi aku time tu beb.

Sepanjang disitu sekadar makan di Restoran Karat dan juga Bungkus makanan di stadium Ipoh tu aje.

Tak sempat nak jelajah makan dan sekitar Ipoh sebab anak kene Influenza A selepas check di KPJ IPOH petang 20 Dec 2018 tu.

Memang penat dan stress tapi berjaya kawal diri dari stress membelenggu diri.

Pada 21 Dec sekitar jam 10 pagi lebih bertolak balik ke Jitra dan tiba sekitar jam 1.30.

Agak banyak kenderaan sikit sekitar Penang dan Perak utara. Ke Kedah biasa2 aje kenderaan (jumlah)

Tapi aku nak cerita sikit bab Restoran Karat Cafe

Kami order makanan dan ada terpandang satu menu namanya Creamy Fettuccini. So ingatkan nak belikan kepada Zahra. Maka fikirkan makanan ni tak pedas dan mcm carbonara yang kuahnya creamy. Disamping itu kami order juga Spagetti Aglio Olio, Nasi Putih Udang Masak Lemak Cili Padi. Air coklat susu dan air ais kosong.

Maka kami tunggu dan datanglah makanan tersebut selang beberapa ketika.

Terkejut kami bahawa Creamy Fettuccini tu rupanya pedas giler style dia dan gune kuah masak lemak cili padi. Style dia untuk restoran ni mmg gitu. Dan tukang hantar makanan tu pun tanya ni untuk budak ke makan, sebab mmg pedas giler.

Kami pada mulanya kata “Takpalah bang, kami amik aje dah order”. Dan terkejut kami selepas tu bila brother tu cakap takpe, boleh cancel. Kami pun tanya mcm tak percaya dan order Nasi Putih Telur Dadar kepada anak.

Mmg saya dan famili doakan pemilik restoran dan staf2nya murah rezeki dan dirahmati Allah.

Mereka memang terbaik 👍🏻👍🏻👍🏻

Dan masak lemak udang cili padi dia pun mmg terbaik bro!!!!

Ok berbalik bab hotel:

Antara Pros:

– Channel Astro berlambak giler. Aku rasa semua channel ade termasuk Baby TV tuuuuu. HBO and Fox jgn cakap ler.

– TV besar, ada ikan koi boleh bg makan, katil besar, dan sejuk biliknya walaupun tak pasang aircond (pasang kipas).

– Banyak tempat boleh ambil gambar walaupun hotel ni sebesar lot banglo aje.

– Sarapan sedap2 beb

Cons:

– Hampir tiada cons kecuali aku tak suka sangat tong sampah bilik air kecil dan tak muat pampers bayi.

– Selak pintu bilik air juga tidak praktikal pada pendapat aku.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: