Reebok All Terrain Craze and Taman Botanikal Ayer Keroh

Salam,

Kali ini saya nak review sikit kasut yang saya baru gune KHAS untuk trail run.

Reebok All Terrain Craze merupakan kasut Reebok yang merupakan kasut khas untuk trail environment.

Saya memakai kasut ini dan test run pada 11 Jan 2019, Jumaat sekitar jam 8.15 pagi hingga 9.00 pagi. Bertempat di Taman Botanikal Ayer Keroh.

Sedikit info, Taman Botanikal Ayer Keroh ini unik kerana berbukit2. Jalan tidak rata dan menduga anda punya kaki.

Tapi amat bagus untuk melatih kaki anda untuk larian pantas di kawasan mendatar.

Hasil:

Kasut ini amat amat TIDAK SESUAI untuk road biasa (jalan tar) kerana ianya tidak terlalu “cushion” berbanding kasut2 lari yang saya ada.

NAMUN, kasut seperti ini memang sangat terbukti berkesan dalam trail di mana semasa berlari atas timbunan daun, jalan tanah, berbatu, dan tanah yang gambut.

Saya dapat menyelusuri dengan mudah semua laluan trail tersebut tanpa masalah dan kagum dengan “grip” power oleh tapak dan cengkaman kasut ini.

So, ianya tida masalah untuk TRAIL ROAD. Memang itu tujuan saya pun membeli kasut ini. Khas untuk rough terrain.

Semasa berlari di jalan tar biasa pula, ianya seperti biasa mendatangkan kesan kepada kaki kerana tapak agak keras sedikit berbanding kasut yg “cushion” lain yang saya ada.

Selain itu ianya agak licin dan agak melambatkan saya untuk saya sedikit berlari pantas kerana grip kasut ini agak mencengkam pada jalan. Macam di gamkan kaki dgn jalan dan kemudian berat nak tarik balik.

Sebab itulah tengok tapak kasut ini macam mana (lihat gambar).

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: