Assalammualaikum,
Sedikit nukilan buatmu anakku,
Aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat anakku Izz Nur Zahra yang ke 7.
Walaupun rasanya Zahra mungkin tak akan visit website ni lagi dan beberapa tahun akan datang tetapi mungkin suatu hari nanti di masa akan datang Zahra sendiri akan visit.
Selamat membesar buat anakku.
Maafkan kami berdua sebagai ibubapa sebab ada juga kami tersalah memarahimu
Ada sebabnya setiap kali Zahra buat salah, kami terlebih memarahi.
Apa yang kami fikirkan sebenarnya adalah untuk keselamatan Zahra. Supaya mengenal apa yang baik dan apa yang tidak.
Kami dah melalui fasa2 masa kecil yang di mana membolehkan kami kenal mana yang boleh dan mana yang tidak.
Zahra,
Dunia luar sana iaitu dunia orang dewasa tidak akan berkompromi dengan kita.
Samada survive ataupun hilang dari pandangan.
Usahalah, Doalah, dan Maju Kehadapan.
Tingkatkan kesihatan dan kemajuan dalam akademik, akhlak dan kerohanian.
InsyaAllah kami akan membimbing sebaik mungkin.
Jadilah insan lebih baik dari kami. Kami juga leka dalam keduniaan yang kadangkala mengabaikan kamu.
Namun hasrat kami bukanlah wang ringgit kamu nanti, atau menumpang kejayaan kamu, tetapi adalah untuk Zahra menjadi seorang yang berjaya serta berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Zahra,
Selamat menempuh alam2 persekolahan yang lebih mencabar.
Selepas ini kami perlu lebih tegas disebabkan tuntutan agama.
Bab solat, dan lain2 perlu disemai dan disematkan dalam diri.
Itu semua untuk menjadi dewasa.
Kami bukanlah contoh terbaik kami akan jadi yang sedaya mungkin.
Seperti berlari, kita mulakan dengan kelajuan perlahan, dan kemudian lama2 kita semakin laju.
Zahra.
Selamat Hari Lahir
7 years old.
13 April
Satu tempoh yang aku dan isteri sendiri tidak percaya bahawa anak kami ni telah membesar.