MRSM KUANTAN

Pada 19-21 April yang lepas, aku dan isteri (serta bawak anak2) menjelajah ke maktab kami setelah hampir 17 tahun meninggalkan maktab ini.

Sebenarnya hampir tiap2 tahun dah melawat sejak 2011 lagi. So, sebenarnya memang aktiviti tahunan pun cuma kali ini giliran batch kami K02 (SPM 2002) pula menganjurkannya.

Aku ditugaskan untuk membuat aktiviti pada sebelah petang bercorakkan santai dan bersukan. So, hasil perbincangan bersama kumpulan maka terhasillah Jebat Challenge iaitu berupa Amazing Race mini jugaklah.

SPKG 2019 kali ini sangat-sangat meriah kerana committee2 semuanya hebat2. Semacam satu pesta yang selama 2-3 hari.

Aku dan isteri menetap di Vistana Hotel yang terletak amat berdekatan dengan MRSM Kuantan. If berlari pun dalam 2km gitu aje. Tapi agak sukar sebab kereta banyak so membataskan pergerakan dan amat berbahaya. So better berlari atau berjogging di tempat yang disediakan khas atau di mana-mana kampus universiti yang besar.

Tapi seperti biasa aku waktu ini masih berehat dari kesakitan hamstring aku.

Kuantan ini sebenarnya tak banyak berubah pun sejak 17 tahun lalu. Cuma di tambah serba sedikit Mall dan hotel2 baru. Tapi dari segi pusat bandar dia berubah sedikit sahaja. Macam Melaka aje besar bandarnya. Tidak sebesar KL atau Penang. Bahkan Johor Bahru pun sebenarnya tidak dapat menandingi bandar sebesar KL. Penang pun banyak tempat2 heritage dan tak juga sebesar KL. So Kuantan ni bandar setaraf bandar2 negeri2 lain besarnya (mcm Melaka, KT, KB, dll).

So, kedatangan kali ini banyak juga aktiviti dilakukan dan dibuat. Bolehlah tengok kenangan gambar.

Aku juga ada makan di Ana Seafood yang dikatakan agak terkenal tu. Tapi pada pendapat aku, makanan dia biasa aje dan anda singgah makan tomyam dan ikan kedai biasa pun ok. Cuma bezanya kat Ana Seafood ni banyak pilihan aje dan ada wakaf khas. Harga dia agak mahal sedikit ya.

Kalau ditanya nak banding Umbai dengan Ana Seafood. Aku pilih Umbai.

Rating Ana Seafood = 3
Umbai Seafood = 4.5

Ok, berbalik kepada MRSM Kuantan reunion/SPKG. Tengoklah hasil gambar2 dari kamera isteri, rakan2 dan yang lain2 yang sempat dicedok.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: