Salam semua,
Alhamdulillah dalam sedikit masa lagi kita akan memasuki fasa 1 Ramadhan 1440H.
Pelbagai perkara berlaku dari Ramadhan tahun lepas sehinggalah menjelangnya masuk Ramadhan 1440H ini.
Untuk kali ini, aku sekali lagi akan berehatkan diri dari dunia larian selama sebulan Ramadhan ini dan insyaAllah akan sambung berlari semula pada hari selepas cuti raya. So dalam 35 hari jugak tu.
Namun, aku insyaAllah tak tinggalkam workout dirumah sebelum sahur dan selepas berbuka/tarawih.
Itu sudah cukup mengekalkan kecergasan namun jika dari segi daya tahan berlari mungkin akan turun sedikit atau sekitar 25%. Bermaksud jika sebelum ini berlari 23 minit track untuk 5km. Mungkin minggu pertama atau kedua adalah dalam 25/26 minit.
Dalam minggu ketiga keempat mungkin baru kembali ke posisi asal.
Aku pun dalam proses membaik pulih kecederaan hamstring aku kaki kiri.
Banyak event yang beratur dari selepas raya sehinggalah akhir bulan November 2019. Bulan Disember aku masih kosong sebab dikhuatiri bercuti nanti.
Ok aku nak sembang soal success (kejayaan) pula.
Aku kenkadang kagum dengan banyak friends Facebook aku yang power2 dan mantap. Bagi aku mereka ini successful person.
Aku kenkadang keliru juga apa masuk successful ni tapi yang aku faham ianya berbeza untuk setiap individu.
Contoh: Orang di kampung lihat Ahmad contohnha ni success sebab masuk univ bagai dan jadi seorang pegawai. Tapi bagi Ahmad pula dia di tempat kerja dia biasa sahaja. Dia pun menjalankam rutin harian dan tugasan dengan dedikasi. Bagi Ahmad pula dis melihat Encik Samad iaitu ketua pejabat dia seorang yang berjaya tetapi dia masih belum.
So aku buat kesimpulan yang perkara success ini adalah satu tahap peningkatan diri kepada lebih baik. Sebab itu perlunya SUCCESS kita dalam segala yang bagus dipertontonkan kepada orang ramai (tapi just jgn niat menunjuk = selitkan unsur anda juga mampu begitu dan sertakam formula2 nak berjaya juga)
Jadi, aku rasa setiap orang itu sudah pun berjaya pada tahap diri dia sendiri. Dan seharusnya seseorang itu berluas hati dengan dirinya sendiri. Harus berusaha memperbaiki diri kepada lebih baik. Sedaya upaya yang boleh.
Oleh itu sempena Ramadhan kali ini, mari kita menjadi orang berjaya.
Sebab tu masa azan ada “Marilah Menuju Kejayaan”.
So, pertingkatkan diri semampu dan sedaya boleh.
Biarlah hari ini boleh buat 2km aje dan bulan depan baru 2.1km pun takpa
Yang penting ADA juga peningkatan.
Anda boleh punya.
Sebab tu masa aku berlari aku sentiasa ingatkan diri, kita boleh sentiasa pertingkatkan diri.
Jika tak mampu melajukan lagi pace larian, maka tingkatkan distance.
Jika pace dan distance tak mampu dilajukan dan ditambah maka amik style trail run ke atau gi gym pula.
So adalah pertambahan dari berlari sahaja kepada berlari + gi gym.
Bagi aku, aku seorang pensyarah yang suka berlari.
Aku tidaklah hebat dalam dunia pensyarah. Biasa aje. Tak power pun bab research dan penerbitan serta konsultansi. Tapi bab mengajar aku sentiasa improve walaupun aku kenkadang lemah juga dalam mengajar. Tahu apa dalam minda tapi nak sampaikan tu susah juga. Macam nak ceritakan apa itu lighting pun amik masa sedangkan dalam minda mmg dah tahu apa itu lighting. Nak sampaikan aje itu problem kenkadang. Itu contoh aje ok.
So, jum berubah kepada yang ada peningkatan 👍👍👍👍💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻