LebaRUN

Salam,

Aku tulis ni sebab dalam sejarah team kitorang (SKAIEVENT) berjaya menganjurkan event bersama sama Ranjau Runners dan juga beberapa co sponsored yg lain seperti Yakult, Moma Water dan lain2.

Terima Kasih kepada tulang belakang yg mengerakkan perkara ini lebih awal iaitu staf skaievent iaitu:

Nadirah, Masturah, Yana, Izyan, Amirah, dan Farhah. Mereka ini staf skaievent yg banyak berkorban untuk menjayakan event ini.

Mungkin mereka takkan baca pun entri blog saya ni tapi pelajar2 saya mungkin kerana banyak bab pengajaran saya letak dalam laman web ni. So saya nak ceritakan serba sedikit mana yang saya ingat dekat entri ini.

21 june 2019

Aku pagi tu kene setelkan fail subjek sebab fakulti tengah proses audit. So dalam 4 semester kena disiapkan hardcopynya. Setakat ni dah 4 semester siap dan lagi 4 semester. Data dah ready tinggal nak print aje. So pagi jumaat tu sampai nak tengahhari nak setelkan benda ni.

Setel aje aku terus singgah kejap Botanikal dan tengok diorang dah setup booth dan barang2 dah sampai. Aku amik goodies pack kejap dan tengok2 pastu terus aku amik anak aku pulak.

Petang tu pulak aku sampai area dalam 5:15 ptg. Sampai aje tengok2 skit dan lari pusing 2km dalam tu. Lepas dah pusing cool down kejap. Kaki aku masih sakit sebab buat speedwork semalam (20 june). Kaki aku masih kene kuatkan muscle. So take time la sebulan kot lg atau dlm 5-10 larian speed untuk kuatkan kaki. Nutrien kene cukup.

So, aku pun cooldown kejap dan sambung seround lg pasang signage dgn geng ranjau runners. Diorang mmg happening betul.

Pada malamnya shift aku pulak 9 lebe aku sampai dan lepak smp 12 lebe. Member aku Shah dari 11 lebe smp 2 pagi dia stay. Makanan banyak beb macam jamuan raya. Dan mmg geng ranjau runners ni betul2 gempak dan teamwork diorang padu. Aku dapat lihat akrabnya diorang.

Ok pada paginya aku bawak famili aku dan hujan renyai. Adik aku ada sekali join so dia lari asing. Aku bawak stroller bagai tp last2 kene berteduh bawah khemah. Hujan renyai jugak. So aku berlari dgn member aku Shah pusing satu round. Tak buat lg 2km. Hujan makin lebih dari renyai. So aku pun rest bawah khemah sambil tunggu nak sampai hadiah pemenang trofi 1-5 top five men and woman.

Selepas tu aku balik rumah dan prepare nak balik ke Kl, nak kena amik race kit Milo run next week kat Putrajaya. Satu famili jugak run heheheh harap2 tak hujan ler.

So itulah penceritaan serba sedikit.

Lari ni mudah aje. Just run aje pakai la apa pun. Laju ke slow ke, yg penting go outside. Exercise ni bagus dan lakukan dgn seronok.

Sebab apa aku suka lari laju? Sebab aku bosan if lama2. Lari ni mental kene kuat. If ko laju pun tapi bosan mmg takkan maintain personal best. Silap2 track yg sama ko paling slow.

Tp if semangat ade, track yg susah pun ko laju giler. Tu belum campur bab tidur cukup, bab makan dll.

So, apa lagi. Go outside and run!!!

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: