Salam,
Baru2 ini aku dan famili aku ni datang ke johor untuk menghadiri kenduri kahwin anak salah sorang Professor di UTM yang juga merupakan satu team dalam IEEE AP/MTT/EMC sekitar 2013-2015 kot sebelum tidak lagi dipilih dalam sesi pemilihan dan seterusnya mengundurkan diri (tetapi masih rapat dgn diorang yang dalam IEEE AP/MTT/EMC) ni. Teringat juga kepada kenalan yang banyak mengajar aku EDAS, arwah Dr. Khairul (LINK Click untuk -> website UITM beliau). Banyak jasa beliau kat aku dalam mengajar EDAS. Al-Fatihah untuk beliau. Semoga keluarganya berada dalam keadaan baik2 dan mendapat rahmat Allah hendakNya.
Perjalanan bermula pada jam sekitar 10.30 pagi dan tiba di kedai makan cucur udang legend kitorang masa degree di area pintu belakang UTM (berdekatan kolej 16-17).
So tiba dalam 12.30 dan sempat makan sebelum terus masuk ke dalam UTM untuk menunaikan solat jumaat.
Selesai solat jumaat baru set kan terus ke hotel Oyo Link Inn hotel yang aku dapat murah aje RM164 untuk dua malam. Berbanding harga sebenar RM188 sebilik untuk Superior Suite yang ada katil single dan katil king satu. Tempah melalui agoda la apa lagi.
Setiba dalam bilik hotel kami berehat dulu dan keluar semula dalam jam 6 petang ke kedai tomyam yang kami pernah singgah makan dulu2 Z Tomyam di area Perling. Selesai aje terus kami bergerak ke Danga Bay untuk sesi tangkap gambar, naik train area tempat mainan2 tu dan lain. Sempat jugaklah anak2 mencukai mainan2 yang ada hahahaha.
Kemudian kami balik berehat dan esok paginya memulakan sarapan di bilik dulu dengan apa yang ada. Selesai sarapan kami terus bersiap2 dengan pakaian yang sesuai untuk kenduri tapi ke IKEA TEBRAU dulu.
Sana kami singgah mencuci mata dengan perabot2 dan makan makanan di IKEA. Selesai makan kami terus bergerak ke kenduri Professor Dr Mohd Kamal di Dewan Sri Merbau, KTHO UTM SKUDAI.
Sebaik sahaja selesai makan kami terus bergerak pulang ke hotel untuk berehat.
Sebelah petangnya kami ke Restoran Sayam 2 di Taman Melati yang merupakan cawangan kedua dari Sayam asal di Stulang Johor. Selepas makan kami jenjalan di Paradigm Mall berdekatan dan sempat makan DipnDip sehingga berpinar gak kepala akibat manis sangat. Kami jalan2 dan pulang sekitar jam 9. Berehat di bilik dan aku buat workout skit bagi buang gula.
Esok paginya rancang check out dan sarapan di Taman Universiti.





















