Salam, aku nak kongsi pengalaman mendaftarkan nombor bidaan. Ianya mungkin tak jelas sebab aku search kat Google pun kenkadang susah nak tahu macam mana caranya.
Ok aku bagi tau step by step yang aku bid nombor UTM
STEP 1:
Aku bida nombor UTM melalui https://bida.utm.my/ dan bukan melalui JPJ E-BID sebab yang jual plat UTM ni adalah UTM, bukannya JPJ. UTM bayar ke JPJ untuk peroleh plat UTM ni dari nombor 1-9999.
Disini korang kenalah ikut arahan nak daftar maklumat peribadi anda dan sebagainya. So, part ni korang isi lah apa yang patut.
Once dah registered, korang carilah nombor korang dan mulakan proses nak taruk nilai bidaan tu. If bernasib baik, dapatlah harga lantai.
STEP 2:
Apa lagi kena lah bayar. if korang bida RM10,000. Bersiap sedia dia nak tolak duit dari akaun anda. Tak cukup maka tak dapatlah bida. So duit kene cukup.
STEP 3:
Tungglah sampai masa bidaan tamat. seminggu ke, sehari ke. sampai tarikh tamat tu berharap la anda masih dapat harga tu. If ada orang cantas, maka anda kene topup bagi cantas balik.
Selalunya orang tunggu last2 minit. So hati2 if nombor tu sangat popular. If tak popular sangat taklah susah nak bid pun.
STEP 4:
Bila anda dah selesai bid, dan berjaya maka anda akan dapat surat anda berjaya.
Anda kena login dalam sistem tu balik dan PRINT DALAM WARNA. Hitam putih depa taknak. Aku dah kene dah. So aku habaq awal2. Print berwarna. Maksud aku kat printer jangan set BLACK and WHITE atau GREY ke. Setnya COLOR.

STEP 5:
OK, apa next step?
Anda ada masa 12 bulan sahaja ye. if tak lesap nombor anda. dan burn la duit. 12 Bulan dari tarikh surat anda dapat kat atas.
ANDA KENA ADA KENDERAAN BARU.
Sebenarnya ada cara untuk pindahkan ke kenderaan lama nombor ni. Tapi anda kena beli kenderaan baru juga. Kenderaan lama kena lalui PUSPAKOM dan dalam masa satu bulan kene uruskan. Baca lebih lanjut disini – https://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenderaan1/-/knowledge_base/kenderaan/prosedur-pemindahan-nombor-pendaftaran-kenderaan
So, saya taknak ulas lanjut bab nak pindah ke kenderaan lama sebab saya tak buat. Saya terus beli kenderaan baru dan ada proses seterusnya.
Ok, so anda pergi ke kedai kereta dan lakukan urus niaga beli kereta. Buatlah bayar loan ke cash ke tak kisah dan BERITAHU DEALER yang anda nak pakai nombor plat anda.
Disini ada dua cara:
1) Suruh runner dealer tu yang buatkan. Tapi anda kena bayar sewa dokumen kenderaan tu sebab dokumen kenderaan (macam surat beranak kereta tu) ke JPJ. So aku kena dalam RM410 (nilai sebenar RM440 so dealer tu topup skit). tapi jangan risau boleh claim balik.
2) Atau korang aje buat sendiri dan bayar sewa dokumen kenderaan tu dan hanya boleh pergi ke JPJ yang tercatat dalam surat tu sahaja. Tak boleh mana2 JPJ ye. Pastikan ikut apa yang tercatat pada surat bidaan tu.
Apa yang kena bawa?
- Cetakan E-mel Surat Keputusan Berjaya Bidaan.
- Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat
- Dokumen kenderaan tu
STEP 6:
Maka selepas anda daftar di JPJ, maka bolehlah tempah nombor plat anda dan lekatkan di kereta anda. Itu sahaja!!! Mudah jika kenderaan baru.