Salam,
Baru2 ini pada 2 feb 2020 saya menyertai larian Melaka Edu Run 2020. Larian ini adalah lebih kepada menguji laluan sekitar Ayer Keroh hingga ke kampus Yayasan Saad/Kompleks Perkeso.
Larian 21km dipilih untuk saya sertai sejak awal dan berikut adalah beberapa analisis awal.
Saya mengambil keputusan untuk berlari pace 6. Memang ianya agak perlahan bagi saya berbanding semasa di Larian Sultan Mahmud (juga 21km) saya bermula pace 5:30. Namun untuk ini saya mulakan dengan pace 6 disebabkan saya kurangnya LSD untuk HM ini.
Sekitar 10 km agak baik dan seterusnya 5 km juga agak baik. Memasuki fasa km ke-17 mula mental memainkan peranan untuk menghalang motivasi saya untuk pergi lagi. Maka sekitar lagi 3 km bermula episod berjalan dan berlari. Pace menjadi sekitar 7 dan pada km ke 20 menjadi 6 kembali.
Laluan evaluationnya adalah sekitar 120-130 dan sebenarnya safety agak out. Kurang orang menjaga safety tambahan pula semasa acara bermula agak lambat iaitu 6:50 pagi.
Namun saya amat berpuas hati dengan larian ini dengan jumlah training yg tak sampai 100km pada bulan Januari.
Untuk HM ni sekurangnya seminggu mesti 20 km total ke 30km total. Menjadikan ianya 80-120 km total dan itu pun untuk survive.
Untuk mencatatkan pace sub 2 hours. Badan kena fit betul2 dengan workout strength yang lain jika mileage rendah.
Contohnya anda boleh sahaja mileage bulanan kurang 100km dengan syarat semasa hari tidak berlari anda maintainkan strength training di rumah dengan melakukan plank, lunges dan sebagainya selama 1 jam misalnya bagi badan berpeluh dan kekuatan dibina.
Selain itu faktor makanan perlu dijaga dan carbo-loading dilakukan dengan betul.
Berikut merupakan gambar2 data berlari saya dan juga beberapa gambar semasa saya berlari.
Keputusan Larian –