Salam semua,

Tatkala musim COVID-19 ni boleh pulak aku terpegi tempat ni. Tapi dah beli so proceed ajela.

19 Feb Punya Cerita

Selepas aje abis bengkel pascasiswazah untuk para supervisor terus aje aku balik rumah dan berkemas. Memang dah kemas lama dah. So bertolak ke hotel Orange Hotel untuk stay 1 malam sebab nak ke Klia2 dalam jam 4 pagi nanti. Flight jam 8 pagi.

Bengkel Untuk Supervisor Pascasiswazah
Sekitar jam 4 pagi ni kat klia2
In flight punya Covid-19 risalah

20 Feb

So kitorang boarding dalam jam 7.30 pagi gitu.

Dalam 5 pagi kitorang print tiket dan luggage punya tag. Kemudian hantar dua ketul beg total 35 kg. Semua ubatan dan makanan ada satu beg penuh 24 kg. Hehehe. Kitorang jenis mana makan makanan Korea ni sangat. So bawak banyak2 makanan Malaysia.

Dalam 6 pagi terus check in kastam. Dan terus berhenti solat berdekatan pintu gate P6 tu. Ada surau dalam ya. Tak perlu solat kat luar sebelum kastam. So terus aje lalu semua kastam punya check.

Sampai di sini terus lalui kastam dengan senang. Sebab kitorang dari Malaysia so diorang sebenarnya gembira sikit sebab kita ni bukan negara punca COVID-19. So cepat aje pemeriksaan. Bahkan takde check makanan dalam beg pun. Tapi ada anjing pengesan di bawa masuk check2 beg randomly.

Seterusnya kami kene keluar ikut pintu 2 dan berjalan ke bas transit dalam 300-400 meter dari pintu masuk airport. Cari bas yang tulis Lotte Rent A Car. Sebab tu kitorang punya sewa kereta yang kitorang sewa. RM1000 mcm tu aje untuk sepanjang 20-24 feb tu siap insurance FULL COVERAGE. If eksiden atau calar TAK PERLU RISAU APA2. Dapat kereta gempak jugak. If kat Malaysia mungkin harga Proton Persona aje kot. TANPA insurans harga dalam RM600 gitu aje. 1/3 dari RM1000 adalah insurans if jadi apa2 kat kereta BAHKAN kat kitorang. Memang bagus Lotte Rent A Car ni. Korang cari aje website Lotte Rent A Car dan book.

Bayar dekat onsite. Tak perlu bayar dulu. Kereta dia berlambak. Dari yg mcm kitorang, ke kenderaan mewah macam Mercedes atau BMW. Sediakan duit ajela.

Hari pertama just drive terus ke hotel Hu An Stay Hotel. 1 jam lebih beb walaupun jarak 42 km aje. So kitorang drive peacefully sebab kamera berlambak tangkap speed vehicle. So mmg sini tak banyak yang laju2.

Bab perangai di jalan raya sama aje mcm Malaysia. Depa ni ade je langgar traffic light merah, main speed gak kenkadang dan lain2 tp jaranglah.

Aku macam nak cakap. Depa ni mcm kacukan Jepun+ Malaysia + Singapore kot. Kene bawak slow mcm di Singapore, perangai kat jalan macam orang Malaysia/Singapore tapi suasana Jepun.

Susah gak nak drive first time left steering wheel dan memandu di right lane. Hahahah Tapi Alhamdulillah managed.

So sampai hotel terus berehat dan makan minum solat apa semua. Esok ada programnya.

Kereta yang disewa. Ada calar sikit from previous penyewa kot.
Precious
Interior
Dari dalam bilik. Ada jaring diletakkan.

21 Feb

So pagi2 kitorang bangun dan solat subuh. Sini subuh awal macam Malaysia. Syuruk mcm Malaysia tp zohor, asar dan mahgrib semua awal sejam. Maknanya siangnya pendek 1 jam dari Malaysia. Macam kat Sabah, solat jam 4.30 pagi. Tapi malam 6.30 petang. Tapi sini solat 5.30 pagi. Malam tetap 6.30 petang. So gitulah.

Nak bertolak dah

Maka kami jam 8 lebih bertolak dekat aje ke Seongsan Ilchulbong ni. 400meter aje tp naik gak keta. So kami bawak makanan skit and air skit. Nak mendaki tangga dengan budak 2 tahun 7 bulan tahulah macam mane ye.

Dan strangely budak ni mampu berjalan naik sendiri ke hampir puncak tanpa dukung. Last 20 anak tangga aje aku tak bagi sebab curam tangga dia. Aku dukung dia dengan curam2 tu. Maksudnya tangga tu dari segi degree dia bukan 45 darjah tapi lagi condong sikit. Tapi bayangkan kekuatan budak tu.

Mendaki sampai ke atas tu nanti
Permulaan ni
Hampir half of the way
Puncak akhirnya. Estimated dalam 149 meter elevation

Selepas itu kami turun pula. Takla penat sangat. Total dekat 1 jam setengah gak sini. Sebab bawak budak kecik. If orang dewasa aje aku jamin 50 minit aje kot naik dan turun.

Budak tu turun awal sangat dan laju.
Bergambar

Yup. Sesi seterusnya adalah singgah makan di muslim friendly restaurant Uribong Sikdang yang dekat sangat aje dengan hotel kitorang yang nak di check out ni dengan Seongsan Ilchulbong ni.

Harga set ni dalam 90000 won!! Memang mahal beb. So sekali sekala takpelah. If nak convert dalam Malaysia time ni RM300 lebe. So mmg mahal yang amat. So merasa sekali sekala ni cukuplah.

Budak
Muslim Friendly restaurant
Menu2 yang ada

Kemudiannya kami terus bertolak ke Seopkoji pula. 15 minit aje dari sini. So kami sampai dan mulakan perjalanan ke sekitar Seopkoji ni dalam total 1 jam lebih jugak.

Menarik pemandangannya
Budak ni lagi
Bunga-bungaan

Seterusnya kami bertolak pula ke Jeju Folks Village. Macam Mini Malaysia la kot yang dekat Melaka tu. Tak ramai sangat orang. Bagus juga. Sini tengok2 lah sejarah kampung2 korea dulu.

Budak yang buat perangai. Baru bangun tidur asyik berdukung aje. Kenkadang aje jalan.
Some historical story
Rumah ketua kampung depa.
Buaian
Aku pun taktau gelanggang apa ni
Rumah tahanan

Selesai lawatan disini dalam 1 jam lebih juga. Kami pun bertolak ke hotel lain. Waktu ni dah jam 3 lebih. Nak ke hotel check in seterusnya adalah jarak 25 km gitu tapi estimated time 35 minit. Sebabnya memang speed limit 50 ke 70 aje. If lebih ada kamera. Kawasan bandar dia lagi la bercelaru. Payah gak drive sini.

Disertakan juga gambar2 lain2 di bawah. Banyak gambar lagi tapi kamera lain2. So nanti balik Malaysia baru himpunkan. Ni sekadar memori.

Sedikit hints

1) Sini tak banyak kereta. Slow aje semua drive semuanya. Majoriti ok dan ikut peraturan

2) Traffic light punya berlambak. Kira yang duduk Melaka tu kira bersyukur la.

3) Harga makan kat sini memang mahal amat. So if lama better masak sendiri melainkan ko memang kaya gile boleh aje gi makan tak perlu risau sekali makan 4 orang RM300-RM400. If makan petang malam lagi. So ikut ko la if ko kaya.

4) Besar Jeju ni mcm besar sikit aje dari Langkawi. Aku tak rasa dia benar2 besar sangat. Mungkin 1 1/2 besar dari Langkawi.

Dalam Jeju Folks Village ni pun ada orange tak perlu gi luar. Bahkan kitorang mane makan orange sangat.
Parking basement
Akhirnya berehat sudah
Total training jalan arini. Sebenarnya kurang lagi iaitu maybe 5km lebe aje kot sebab aku tak matikan jam gps bila drive. Tp damage tak matikan tu sekitar 500meter aje pastu baru sedar. So ada dua tempat jadi gitu. Tolak la 1km so total jalan dalam 6km aje kot.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: