Kenkadang otak dan badan perlukan rehat

Aku rehat lari hujung minggu ni.

Banyak juga celoteh di media sosial minggu ni.

Aku skg pun malas sgt nak komen lebih2 dah. Aku samada komen sikit dan tak maki sgt macam dulu. Cuma tulis “aku sokong dibuat demikian”, atau “saya kurang bersetuju dibuat demikian” atau memberi pendapat seperti menyoal kembali.

Dunia ni bukan sempurna beb. Buatlah apa nak buat. Bahkan nak hentam ke tak hentam ke ikut suka. Yg penting dapat luahkan perasaan tu.

Yup tu yg aku pikir. Depa tulis, depa pikir, depa cakap tu sebenarnya nak luahkan apa yg terkandung dalam pemikiran. Itu bagus. Buatlah, nasihatlah, ikut suka nak tulis apa.

Cuma satu, jgn kecam sgt dan berlebihan aje. Luahkan takpe mcm kenapa la depa ni mcm ni, kenapa depa ni mcm tu. Bla bla bla. Tp jgn sampai terlalu kecam teruk sgt.

Melainkan mmg perlukan kecaman teruk. Hahahaha.

Ok bab larian.

Setiap sebulan extensive training aku akan rehat 3 hari full. So bermaksud Sabtu-Ahad (hari ni) dan Isnin (esok) aku akan berehat. Tengok training aku for June.

Sebab apa?

Badan perlukn rehat juga tp jgn lama. Kene reset dan bagi ready for next extensive training in July pulak. Pastu pastikan selang dua hari maksimum atau sehari minimum rehat bagi yg non atlit mcm aku.

Sebab apa? Atlit level dia makan suppliment lagi tiap2 hari. Makan kene jaga dan jadual training kene ikut.

Untuk diri aku yg bukan atlit tak perlu sampai tiap2 hari TAPI TAK SALAH jika orang lain nak lakukan berlari tiap2 hari atau pagi petang.

Komitment aku sebagai keluarga, educator kat pengajian tinggi dan lain2 lagi adalah perlu diuruskan juga. So aku termasuk kategori NON-ATLIT yang cukup sekadar berselang dah ok.

Sebab utama lain adalah kita bukannya menumpukan atlit sebagai kerjaya. Tak perlu risau sangat pace anda tu. Jika laju sgt itu bonus. Itulah digelar citizen runner.

Ada byk citizen runners yg power2. Mcm champ Marathoner kita Muhaizar tu pun seorang citizen runner. Dia bekerja juga dlm army. Tp dia power sebab boleh mengekalkan prestasi dia smbil bekeluarga dan bekerja. Dan ingat senang ke nak maintain gitu. Byk pengorbanan beb dan displin masa dan makanan kene ikut.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: