Kehidupan seseorang adalah amat berlainan antara satu orang dengan orang yg lain.
Jika ditanya aku ni apa dan apa aku suka buat.
Aku jawab aku suka famili aku
Aku suka bab mengajar
Aku suka berlari
Aku suka ke sana ke sini (jenis mmg takleh terperap aje dalam rumah)
Aku suka main games (cyberpunk 2077 dah pre order nov baru keluar)
Dan pelbagai lagi
Susunan hidup aku kene menyimbangi semua tu.
Kita boleh pilih satu dan berhempas pulas menjadi expert dalam benda tu atau power.
Tapi ini akan sacrifice yang lain kerana kekurangan masa dengan yang lain.
Aku pun tahu aku takleh tiap2 hari nak keluar berlari
Aku pun tahu aku tidak jugak boleh fokus nak kene mengajar aje sentiasa penat weh otak
Aku pun tahu sekarang dah berfamili takleh main games aje sentiasa.
Hasilnya adalah KESEDERHANAAN.
Do what I think is quite enough and fair for all
Orang lain ada prinsip dia sendiri.
Yang power bab larian akan berlatih pagi petang siap duduk dalam kem atau pusat khas
Yang hebat dalam dunia pengajaran akan sentiasa memikirkan dan membuat komitmen kerjaya sebagai pensyarah dengan mantap.
Aku kene berharap jgn ada orang sama mcm aku.
Jika tidak sapa nak jadi seorang Professor hebat atau seorang pelari laju dan hebat.
So kene juga ada yang sacrifice yg lain untuk memajukan diri untuk sesuatu yg spesifik.
Tu yg unik manusia tu.
If semua dalam dunia ni otak diconfigure hanya minat berlari semata-mata habislah sapa nak jadi Pilot, Pensyarah, Tukang sapu dan lain2 lagi.
Kita saling melengkapi antara satu sama lain.
Respect kat semua kedudukan dalam masyarakat.
Hamzah – 6 Julai 2020
Beli kat kedai toys kat Mahkota Parade Makan kat Boat Noodle Mahkota Parade Mavic Air 2 in action Pantai Puteri Mavic Air 2 in action gak Makan kat Leque Taman Lagenda