Aku pensyarah dekat sebuah universiti tempatan.
Pensyarah ni masa masuk ofisnya amat flexible. Tak kisah masa. Dtg jam 10. Dtg tengahari. Balik jam 2, balik jam 9 malam.
Tak kisah
Buat kerja kat rumah, buat kerja kat cafe, buat kerja kat kat mane jua. Tak kisah.
Datang meeting ke apa ikut yg ditetapkan. If takde apa2 aku balik aje awal. If ada apa2 aku balik awal jugak.
Aku enjoy kerja aku. Tak kisah sangat bab pangkat dan jawatan. Aku tak kejar apa2.
Aku enjoy kehidupan aku.
Aku berlari. Dan hampir selang sehari pos bab larian. Sebagai diari untuk diri aku. Lantak korang nak like ke tak. Yg like, aku ucap thanks.
Aku pun main game. Tengah tunggu cyberpunk ni. November baru keluar.
Lupa aku pun pegang jawatan ketua jabatan kat fakulti aku.
Tapi still maintain gaya kerja aku.
Aku memang tak boleh duduk ofis lama2. Memang aku tak boleh. Aku buat kerja korang tengok skg jam berapa aku tulis posting ni. 4.05 pagi. Kenkadang 2,3 pagi.
Takde istilah tua dalam diri aku kata takleh bangun jam 2,3 pagi. Asyik sgt mengaku tua buat apa.
Jadi mmg aku gi ofis jumpa member2 discussion kejap, hantar form yg perlukan fizikal interaction mcm sign, dan meeting aje.
TAPI aku harap sgt jgn ada orang lain yg macam aku. Jenuh if semua macam aku. Jadi sebab tu dunia ni penuh pelbagai ragam orang. Hormati cara kerja mereka begitu.
Seriously aku mmg buat kerja waktu2 gini.
Senyap, tenang, minda segar bugar, dan siap boleh solat tahajud sekali.
Ok dah, nak smbg buat kerja. Waktu pagi pas jam 8 sampai petang khas untuk jumpa orang aje if ada keperluan jumpa. Kerja mmg tak jalan sgt untuk diri aku. Aku buat kerja time sunyi dan tenang.
Itu cara hidup aku.