Aku sebenarnya dah lama dah tulis bab ni tp formal sikit versinya.
Jadi kali ini aku nak bgtau apa yg sebenar-benarnya bab pensyarah ni. Mengikut pandangan kaca mata aku dan juga pengalaman aku sendiri dan kat univ aku.
1. Bab Pengajaran
Setiap sem, ketua jabatan akan assign subjek. Samada ko dapat 1 atau 2 atau 3 itu tengok la beban macam mana. Mostly dpt 1 subjek aje patutnya. Tp ade univ sampai 3 subjek banyak tu. 1 subjek 3 jam kredit. Selalunya 3 jam kredit bersamaan 2+2. 2 jam kuliah dan 2 jam lab lagi tu equivalent dgn 1 jam kredit. So 1 subjek dah 4 jam. 2 subjek dah 8 jam.
Tu belum masuk jika ada sampai lab kene pecah dua. Kalau 30 org satu kelas tu ok lagi bermaksud 2 jam kuliah + 2 jam lab aje. Iaitu total 4 jam. Tp if 60 org satu kelas maka kene pecah 2 jam kuliah + 2 jam lab + 2 jam lab. Jadilah 6 jam.
So katakan ko mengajar 6 jam aje seminggu. Ko kene spend masa maybe lagi 6 jam seminggu nak update nota dan sebagainya. If tanya aku, aku update masa 1-2 minggu pertama aje dgn content yg baru. Ataupun sehari sebelum kelas aku update skit2.
Macam mana dengan test dan assignment dll untuk subjek tu?
Aku sediakan awal2. masa awal semester bermula aku siap2 sediakan ujian, assignment dan final exam. Mostly masa bulan pertama tu busy penyediaan.
Ok ko takkan busy sgt jika ko
- Recycle aje soalan lama
- Assignment bercorak general. Jadi implement aje yg sama. Mcm semua diminta buat game action pada sem lepas. Jadi sem ni ko mintak la game platformer pulak. Senang aje.
- Nota pun tak perlu update sgt. Ko taruk dalam nota fakta yg teoritical aje. Any benda baru ko just sebut dalam kelas
Jadi ko dah jimat masa dan takde la busy sgt.
Bab penandaan tu mmg leceh skit. Tp ko kene pandai lah tanda tu dengan bijak hehehhee tambah2 bila ada banyak pelajar.
So sebenarnya takde busy sgt pun.
Tinggal nanti ko nak key in aje dalam sistem dan sistem kat univ aku siap2 generate graph. Cuma dia minta ko bundarkan siap2 markah. Any yg mcm 74.5 tu kene bundarkan ke 75 bagi memudahkan cerita. Itu praktisnye.
Disamping tu ade la sikit2 penyeliaan pelajar PSM ke, MASTER ke if ade student atau PHD. Ada juga untuk subjek workshop ke, atau latihan industri. Tp ko just spend 1-2 hours per week atau dua minggu sekali aje jumpa diorang update progress.
Apa kesimpulannya?:
- Jika ko dah pegang subjek tu lama, mostly dah tak busy sgt sebab senang dan cepat aje ko buat test, assignment dll sebab semua dlm kepala dan questions bank pun dah banyak. Nota update sesikit aje
- Beban subjek ni menyumbang kepada mata Pengajaran dan Pembelajaran untuk naik pangkat kelak.
- Semuanya bergantung kepada cara ko handle subjek ni. Kelas boleh aje tangguh atau cancel dan ganti masa lain. Mungkin juga nak guna blended learning mcm online learning dll.
So untuk pengajaran ni kena bersiap sedia dari segi nak jumpa student dan assist diorang. Lain kita dari guru/cikgu di sekolah. Kita mengajar depa some portion of the note and yg lain depa cari sendiri. Itu standard pelajar Univ. tak disuap sepenuhnya. Terus straight to the point. Tak paham cari sendiri, benda2 sejarah dan sebagainya dicari sendiri. Kita ajar the utmost important for that topics aje.
Contohnya “gunakan air sejuk untuk cool down kaki yg dah berlari jauh”. Takkan la pensyarah nak ajar air sejuk dpt dari mane, dll. So the idea will be teach, tp part lain cari sendiri. Tak paham jugak baru tanya.
