Salam,
Dua benda ni memang aku sentiasa peka dalam hidup aku.
Masa yang ada ni ada masa yang kita berjanji apa yang kita nak buat.
Dalam kehidupan, aku kena tanya diri aku samada mahu berjanji dengan orang sebanyak mungkin atau ada limit tertentu.
Jadi, masa yang ada ko isi dengan pelbagai janji dengan orang atau orang panggil sebagai collaboration.
Lagi banyak ko janji dgn orang, lagi banyak ko tahu yang komitment ko makin besar.
Life ko bukan sekadar diri ko aje dan ko kena fulfilled semua yang ko janji.
Boleh aje kita duduk relax dan kurangkan janji yang nak dibuat dgn makan gaji aje tapi itu option.
Bagi aku, aku akan buat mana yang aku mampu. Sebab masa yang ada ni limited. Family tetap nombor satu. Aku taknak masa yang ada ni siang malam pikir nak selesaikan masalah orang aje sedangkan family ko takde masa. Itu pegangan aku. Korang nak siang malam buat keje untuk orang ikut suka tp bagi aku ada limit berapa janji yang aku mampu buat tanpa rasa terpaksa.
Aku tak kejar apa2 pun dan mostly biarkan ianya sekadar memenuhi standard yang betul.
Jadi, ikut limit yang korang suka. Janji jangan sampai rasa terpaksa dan teruk. Bukan apa, hidup ni bukan untuk buat keje aje. Berbakti semampu mungkin. Tak semua orang boleh lakukan something yang out of ordinary. Jadi aje orang biasa.