Restoran Jemuju Kasih
67, Jalan SG 3/1, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Okeh ni kedai makan ni ada pelbagai jenis kuih-muih. Nasi dagang, nasi kerabu, laksam, dan lain2 pantai timur punya makanan. Nasi berlauk dia pun banyak menu mcm ikan keli, ayam masak merah dan sebagainye.
Aku datang singgah pagi ni dgn famili mentua sebab otw nak anta mak mentua ke hospital untuk warded few days. Masuk wad sebab akan menjalani rawatan kanser bernama Car-T Cell Therapy di HCTM (dulunya dikenali HUKM) Difahamkan rawatan ni InsyaAllah membantu untuk fight the cancer cell.
So pohon doa banyak2 dari sahabat2 sekalian untuk mendoakan mak mentua agar sembuh dari kanser ni. Dan aku doakan juga agar kita semua seluruh umat Islam agar dihindari penyakit berbahaya dan dikurniakan kesihatan yang baik.






