Zayn dan Tadika

Izz Muhammad Zayn.

Tahun 2022 ni dia 5 tahun.

Dan dia memang aku tak anta lagi tadika. InsyaAllah 6 tahun nanti baru aku anta.

Sebab?Kenapa? Tak Lewat sgt ke?

Sejak pandemik melanda, aku and wife serta anak aku yg first byk ajar secara tidak formal dekat dia.

Entah kenapa aku rasa sangat bagus jika kanak2 seusia dgn dia ni bahkan sehingga 6 tahun pun banyak spend masa dgn bermain banyak berbanding belajar. Belajar pun secara tidak formal. Ada dia tengok Youtube secara tidak formal.

Bahkan aku sendiri terkejut, aku dpt rasa budak2 ni if jika spend masa belajar sambil bermain tanpa secara formal dpt merangsang kebolehan diorang secara semulajadi untuk belajar. Tapi kena pastikan secara terkawal dan jangan asyik bermain aje. Belajar tu tetap aku dan wife suruh dia membaca dan sebagainya.

Hasilnya, umur 4 tahun 10 bulan (sehingga Mei 2022 ni), dia byk boleh membaca sendiri bajkan membaca sarikata dekat tv tu. Bahasa Inggeris byk digunakan untuk bercakap dgn kakaknya. Tergamam aku ayat2 Youtube yg dlm bahasa Inggeris keluar dari mulut dia dgn lancar. Walaupun ada yg tak elok tp aku tegur jgn guna langsung ayat yg tak elok, dan dia peka sebab aku and wife bgtau ayat tu tak baik.

Blippi punya series youtube dia suka tengok, atau Minecraft punya channel seperti Unspeakable Gaming, SSSniperwolf, Aphmau dan byk lagi (aku filterkan jugak) dia byk tengok. Yang bertaraf pembelajaran pun dia tengok mcm 7 Second Riddles, 5 Minutes Magic, Crafting channel, Bright Side, dang yg paling menarik Peekaboo Kidz (mmg channel education animation untuk kanak2).

So itu antara channel2 yg dia and kakak dia selalu visit. Tp of course secara terkawal. Youtube aku mmg guna Premium service. So takde iklan. Bulan2 tolak RM18+ untuk tujuan itu.

So, itulah Zayn. Aku mmg tak anta dia lagi tadika. Terutama musim covid tak reda lagi dan HFMD pun tengah berleluasa. Dia duduk dgn mak dia kat rumah. Belajar secara informal. Mungkin dlm 6 tahun nanti aku hantar ke tadika. Btw Alif Ba Ta pun aku and wife tekankan sendiri kat rumah, as well as ajar dia ikut kitorang solat, mengaji (dia baca Al Fatihah Alhamdulillah semakin baik). Dan pelbagai lagi bab2 agama secara informal.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: