Tasek Cermin

Perjalanan ke Tasek Cermin. Aku taktau kenapa guna “Tasek” tp kat situ siap ada batu signboard tulis “Tasek Cermin” dan bukan “Tasik Cermin”. Dekat tiket pulak tulis “Tasik Cermin”. Entahlah labu

Okeh, ceritakan sedikit perjalanan aku pulang ke KL arini.

Aku dan famili bertolak dalam 6:30 pagi dari Jitra Kedah. Sampai area Penang jem sedikit dalam 20 minit kot biasalah orang nak gi keje aku pulak nak gi ke selatan lagi sambil berfikir “kesian beb depa ni tiap2 hari hadap stress nak ke jambatan keje”.

Bukan apa aku gi keje if santai pun 15 minit aje bawak 80kmh. If saje laju kurang 10 minit. Mmg tak jem langsung ke tempat keje aku. Bukan sahaja tak jem, kereta boleh bilang dgn jari kaki aje bila aku nak gi keje..” tu aku tengok kesian depa hadap jem.

Ok kemudian bila dah lepas jem, sampai area Ipoh makan kat Salmah Kopitiam dulu. Sedap gak weh and berbaloi. Time tu area nak dekat jam 10 pagi.

Settle aje makan aku gerak la ke Tasek Cermin ni. Entry fee rm5 per kereta. Kemudian perhead pulak dewasa RM5 dan kanak2 RM3.50 sebab total kitorang dua dewasa dan dua kanak2 rm17. Bawah 3 tahun aje free.

So kitorang parking kat area dengan tempat masuk ke tasik tu. Memang seronok betul beb. Mujur tak ramai org sebab hari biasa. If hujung minggu taktau la. Walaupun agak panas sedikit sebab jam 11, tapi berbaloi dapat gambar.

Settle aje kitorang gi sini, terus gerak ke WTCKL konon nak melawat Pesta Buku. Tp penuh lak parking. Tengok la esok Jumaat mcm mana. So kitorang apa lagi terus ke Keramat AU2 kedai nasi paprik sedap tu (dekat dgn Fiske). Setel makan terus ke Malawati Mall pulak jalan2 sebelum balik ke Kepong area jam 5:30 ptg.

Wow panjang lak aku cerita. Hahahha

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: