4 Jun 2022

Published on

in

Salam,

Alhamdulillah.

Hujan. Sampai kampus jam 6:20. Terpaksa tunggu sampai jam 7 pagi.

52 minit?

Simbolik terhentinya nyawa arwah abah aku pada usia tersebut. Maka aku hentikan masa pada 52 minit dan 10 saat. 52 minit mewakli tahun. Dan 10 saat mewakili bulan.

Ayah aku meninggal dunia pada 4 June 2008. Genap dah 14 tahun beliau kembali ke rahmatullah. Beliau meninggal akibat serangan jantung pada usia 52 tahun dan 10 bulan. Meninggal semasa di pejabat area 7:30 pg selepas punch in masuk ofis di Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan, di Kelantan. Beliau mmg ulang alik Kedah Kelantan setiap 2 minggu seingat aku. Sebelumnya bertugas sebagai pengetua di Sekolah Perhutanan FRIM di Kepong.

Dan tertanya adalah usia beliau 52 tahun itu muda?

Bukan tua and bukan muda. Kematian ini dtg tak kira usia. Allah tak ckp yg tua aje akan mati.

So today, just some simple 52 minutes run.
Sempena umur ayah aku semasa beliau meningga dunia.

Al Fatihah untuk beliau. Dan mereka yang telah lama meninggalkan kita…

Sulaiman Bin Salleh
Timb. Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan
52 Tahun 10 Bulan

sulaimansalleh #utem #ftmk #abah #garmin

Leave a Reply


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation

Discover more from asyrani.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading