Simbolik.
Tahukan anda apa maksudnya bungkusan mainan2 ni yang bakal diberi ke pihak lain?
Ini satu tanda, zaman seseorang yg kecil itu akan meningkat semakin dewasa. Dia tak lagi perlukan semua itu. Dia bakal mempunyai kehidupan yang lebih bermatlamat dan berfokus.
Apa beza toys dan game?
Toys adalah sesuatu yg dimainkan tanpa memerlukan peraturan. Ianya dimainkan samada yg diarahkan contohnya sebuah alatan muzik berbentuk gitar untuk kanak2. Budak2 boleh main ikut apa yg diarahkan di kotak. Atau boleh gunakan untuk menjadi sudip masak2, mendayung di kolam renang dan pelbagai lagi apa yg budak tu nak kan dia jadi walaupun asalnya adalah gitar mainan.
Berbeza dgn “game”. Ianya lebih berperaturan dan perlu dimainkan oleh kanak2 lebih dewasa. Kerana mesti ada rules. Itulah “Game”. Nak explain bab game ni byk la pulak. Hahahha.
So, ini tandanya juga buat kita..kita dah makin berusia. Kita dah bukan jaga budak 2,3 tahun. Tapi depa ni dah bersekolah….
Itulah. Hidup mesti terus. Sentiasa manfaatkan masa dengan depa ni. Kelak depa semakin akan berdikari dan kita sekadar disinggahi sekali sekala bila balik kampung.
Itulah hakikat kehidupan. Just move forward bro!!




