Salam,

Aku rasa dah lama tak menulis untuk blog sejak bulan puasa. Cadang nak menulis tetapi akhirnya aku datang ofis arini kerja semua banyak dah settle tinggal yang nak buat nota untuk bebudak sem bulan 9 ni aje.

Best jugak sebenarnya jadi pensyarah dan ada yang tak bestnya jugak.

Ko keja la apa2 pun yang penting ko happy dan hidup ini gembira.

Aku pun takdak apa nak tulis arini. Tapi ni aku tulis guna email yang terus autopost ke blog aku.

Nak login payah sebab aku ada webmaster untuk beberapa persidangan yang aku jadi admin so aku kene logout (tapi malas nak logout) so aku tulis aje dari email kan senang.

Anugerah dunia.

Saja aku tulis sebab tetiba dengar lagu Anugerah Syawal dari Bunkface.

Anugerah dunia ini macam2. Yang sedih, yang baik, yang buruk, yang mangkuk dan lain2.

Semua tu untuk ko hadapi selagi ko hidup.

Hidup mesti kena happy dan ceria walau apa2 pun.

Yala, ko buka facebook pun pening tengok macam2.

Kes kereta tak patuhi kehendak

Kes rumah2 kebajikan yang mangkuk siap ada kes pelik2.

Kes politk

Kes agama

Kes nak tentukan kedai mana sedap pun siap berbalah

Tapi jangan salahkan depa sebab bagus sebenarnya berbincang dan berdiscuss.

Dulu takdak facebook atau social networking ini susah information nak berkembang pantas.

Sekarang within few seconds aje dari ceruk Alaska dah diketahui dalam masa 1 minit paling maksimum kot?

Entah aku tak kaji tapi aku anggap sangat cepat aje.

Itulah anugerah dunia.

Ko bawak kereta orang belakang cucuk angin pun kita boleh naik angina.

Nak potong, tunggu la aku siap potong dulu.

Kang aku main masuk bahaya kat kereta yang lorong kiri atau tengah.

Eh apsal mengenai kereta lak.takpa bincang bab lain pulak.

Biasalah manusia, kita bukannya maksum. So, terima dengan baik.

Marah akan menyebabkan anda menyesal sebenarnya.

Pening kepala la, dan datang darah tinggi dan lain2.

Hadapilah dunia ni dengan yang semampu boleh.

Cuma ingat, kita diberi paling tinggi pun 100 tahun aje untuk hidup.

Ada yang umur 60 tahun dah meninggal. Ada yang umur 20 dan ada dari kecil.

So, ingat dunia ni tunggangan aje.

Kumpul harta untuk pastikan akhirat terjaga.

Yalah, duit banyak boleh derma banyak.

Sekali sekala Nampak makcik sapu sampah hulur la duit sikit.

Ringankan tangan tolong orang.

Aku rasa bila kita ringankan tangan tolong orang dan bantu orang ni, dapat kepuasan maksimum untuk akhirat.

Tambah2 bila ko tolong orang yang ko tengok tengah kesusahan dan baik pulak tu.

Kita tak tahu depa membesar macam mana.

Ada yang membesar keadaan susah, anak2 degil yang mengakibatkan masa hadapan jadi seorang yang penyenayah.

Sebab tu peluang bertaubat tu jika masih hidup adalah terbuka luas.

Dunia ni macam2.

Tengoklah ragam dunia.

Banyaknya ragam dan kita kenkadang rasa takut sangat pun ada.

Tapi usah risau, buatlah kebaikan mana yang mampu. Cegah mana yang boleh.

Selamat mengharungi dunia untuk akhirat.

Best Regards,

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s