Salam semua,
Alhamdulillah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk berada dalam tahun 2018 ini dengan penuh pengisian.
Ada duka dan ada suka. Semuanya ujian Allah untuk kehidupan. Kelak kita bawak semua itu ke alam akhirat.
Segala yang diusahakan adalah untuk bekalan akhirat.
Tahun 2018 membawa banyak erti buat diri aku.
Inilah tahun penuh cabaran dan juga kegembiraan.
Masuk ke 2019 membawa maksud semakin kita ke usia tua.
Dan semakin meningkat usia setiap anggota badan kita dan sistem badan kita.
Sejak 2016, prestasi larian aku Alhamdulillah memberangsangkan.
Namun untuk ke fasa seterusnya memerlukan latihan yang seperti atlit.
Ianya satu perkara mustahil tp boleh dilaksanakan dengan usaha lebih.
Pada sampai satu tahap, kita perlu hanya maintain dan kekalkan pencapaian.
Ini kerana ada kepentingan lain yang perlu diutamakan.
Aku berlari bukan sebab nak jadi atlit. Tetapi membuang segala perkara yang menjejaskan kesihatan.
Cukup sekadar 30 minit ke 1 jam larian.
Sebab itu acara 5km dan 10km menjadi rebutan buat aku sebab ianya singkat berbanding 21km dan 42km.
Berlatih untuk 42km dan 21km adalah berlainan. Perlu LSD, dan mcm2 lagi. Komitment untuk weekly total kilometer mencecah 40 km ke 80 km PALING KURANG.
Sebab tu aku maintain 5km dan 10km. Senang dan sekejap aje. Tak perlu track yang besar2.
Dan lari ni sebenarnya bosan. Anda buang masa anda untuk lari aje. Faedah dari segi kesihatan dan mental aje.
Kecuali jika anda target podium maka latihan makin berganda. Majoriti yg tahap tinggi atlit biasanya sekitar 17 minit ke 20 minit untuk 5km.
Anda akan tahu yang anda yang selalu berlatih 5km takkan dapat menyaingi mereka yg selalu berlatih 10km.
Yang berlatih 10km belum tentu boleh fight yg 21km.
Each of this run ada orangnya. So target mana satu favourite anda. Tak salah pilih 5km, dan 10km.
Dah memang itu majoritinya orang buat sebab sekejap aje. 30 minit ke 1 jam. Atau paling lama 1 jam 30 minit atau 2 jam untuk 10km.
Tahun 2018 merupakan satu pencapaian yang Alhamdulillah bagus buat diriku.
InsyaAllah target for below 20 minutes untuk 5km. Itu the final target sebab lebih lagi kene usaha berganda.
For 10km, insyaAllah target for below 48 minutes. Sekarang tengah nak capai below 50 minutes dahulu.