Salam semua,
Alhamdulillah dapat menamatkan larian semalam 24 Ogos 2019 walaupun cuaca agak panas dan jalan licin untuk kasut Brook Glycerin aku bertindak.
Sedikit Ulasan berkaitan larian
- Berjalan sejauh 1km lebih untuk ke race site, melintas jalan sekitar AEON TAMAN MALURI dan MENARA PGRM. Ikut Jalan Peel.
- Setiba di sana tunggu dalam 30 minit untuk bersiap sedia berlari.
- Larian dimulakan dgn minda dah set nak pace dalam 5:30. Ya memang itu yang hendak disetkan.
- Untuk FIRST 5 Km memang dah ngam dan ok. Peserta terlalu ramai dan dalam masa 5km pertama adalah untuk menjarakkan dari peserta.
- Cuaca juga agak panas dan berjerebu sikit. Apa boleh expected dari lebuhraya yang baru ditutup sekitar jam 6 lebih.
- Selepas km ke 6 dan 7, kaki sememangnya sangat ok lagi namun bertembung pula dengan geng yang ambil 26 km. Bermaksud bermula episod mental.
- Episod mental ini adalah akibat terlihat ramai orang yang 26 km ni banyak berjalan dan kelibat yang 13 km pula sangat kurang. Mula rasa nak slow down (mental think to set ourself to kepenatan dan menyuruh slow down aje sebab takde apa nak kejar)
- WATER STATION? Berhenti beb minum dua cawan air Hundred PLUS lak tu. Dah la ada 6 water station semua aku balun termasuk dalam kat km ke 3 awal tapi time tu aku boleh set pace laju lagi.
- ENAM WATER STATION beb.
- Aku punya pace? Tengok la pace chart aku. Berjalan 200 meter pastu lari 300-400 meter pastu jalan balik. Hahahahaha. Dah dekat 15 minit lebih kot aku jalan aje. Hampehnye mental.
- Aku still tak dpt lawan kehendak mental untuk go more than 10km. Sebab aku pikir apa la sebab aku nak lari jauh2. Mental ni tak terdaya nak lawan.
- Tapi last km 13 aku lari sampai habis dengan pace bagus skit. Tenaga ada tapi kekuatan mental aku kelaut bila time km ke 7 ke atas.
- Timing memang lari tapi aku syukur la dapat selesaikan
- Ok sehingga berjumpa lagi lain kali.
PDF RACE RESULT











