Salam semua,
Hari ini aku sekeluarga nak panjat (naik kenderaan aje) ke Gunung Hallasan. Tapi dalam GPS aku set 1100 kat situ gune WAZE aje. Sambung ke kereta sebab kereta boleh guna Apple Play. So tengok besar2 WAZE kat situ.
Perjalanan dari Hotel Alegria Seogwipo ke 1100 (ko kene search kat Waze tulis 1100) amik masa dalam 35 minit. Sini ko bawak kereta kene slow. Payah nak atas 70 pun. Sebab jalan sempit dan banyak speed trap camera. So sini mmg kene bawak berhati2.
Aku sampai di 1100 sekitar jam 8 lebe: suhu kat kereta tunjuk 0 degree tetapi mengikut suhu yang kat laman web adalah -4 celcius.
Padanlah sejuk benor. Tapi aku dah pakak dua lapis baju siap heat tech punya baju kat dalam (beli kat Uniqlo). And then pakai baju sejuk kat luar so total 3 lapisan la. Sarung tangan tak pakai sgt sebab nak tangkap gambar.



Kemudian selesai kat 1100 ni kami set nak ke Innisfree Jeju House yang juga dekat dengan sebuah tea plantation. Kami sempat singgah tepi jalan semasa menuruni Mount Hallasan ni untuk bergambar di sebuah tempat parking yg saljinya masih banyak.


Setelah puas bergambar dan bermain salji di sini, kami meneruskan perjalanan ke Innisfree Jeju House yang berdekatan dengan O Sulloc Tea Plantation
Perjalanan nak ke sana ambil masa dalam 35 minit juga walaupun hanya sejauh 25 km begitu.









Selepas makan kami set direction ke sebuah lagi tempat tp setibanya di sana rasa macam tak sempat arini. So kami patah balik ke hotel dan berehat.