Salam semua.
Covid-19 sebenarnya di Korea Selatan dah beratus dah kena tapi kebanyakkan di main island bukan di jeju. Tapi di Jeju ada kes dalam dua orang tak silap setakat hari kitorang nak balik ni. Dan majoriti sini dah pakai mask banyak dari yang tak pakai. Kami pun berjalan2 mana pakai pun. Masa kat airport aje pakai.
Ok aku mulakan pagi ni dengan pack barang2 sebab nak transfer ke hotel yang dekat dengan airport. So kami dalam 8 lebe jugak kot check out.
Semalam sebenarnya dah singgah petang tu. Tapi ramai orang sangat. Dan nak hujan. So kami cancel plan. Pagi ni kami sampai dalam jam 9 dan parking masih banyak.
Tapi malangnya tide tengah tinggi dan akan dibuka jam 1.30 petang nanti. Kami pun amik keputusan gi tempat lain dululah. Nanti datang balik jam 12.30 kegitu.
Jadi kami pun apa lagi ke Cheonjeyeon Waterfall. Sini ada tiga waterfall dan AWAS elevationnya adalah 100m naik turun. So yang bawak anak (walaupun ada tangga) kene bertabahla sikit. Tambah2 yang kene dukung. Memang hill training betul. Dia ada tangga sepanjang-panjang ke semua waterfall tapi kecerunan tangga dan lain2 tu memang amat menduga jiwa. Pastikan minum air banyak2.
Kami spend 1 jam setengah gak kat sini.




Maaflah gambar takde sgt dekat handphone wife aku. So takpe asalkan aku bagitau sini waterfall best2 jugak. Berbaloi melawat.
Selepas gi waterfall ni, kami makan aje dalam kereta. Kedai makan halal terdekat kat bandar 1 jam dari sini. So makan apa yg ada dalam kereta bagi ada tenaga. Kami teruskan perjalanan ke Yongmeori Coast. Harap dapat parking sebab bertolak awal time ni.
Sampai aje Yongmeori Coast ni Alhamdulillah ada parking. So kami park dan duduk relax dulu dalam kereta. Kemudian keluar dari kereta gi makan kuih sotong halal. Banyak orang Malaysia datang kedai dia. Aku minum air oren dia sedap betul. Memang sini tanah tanaman oren dia sedap dia lain macam. Tanah gunung berapi katakan.
Jam 1.30 berpusu-pusu kami beratur dan masuk ke coast. So korang tengoklah gambar.









Selepas kami settle habis disini sekitar jam 3.30, dengan kepenatannya kami terus perjalanan ke bandar nak makan. Kami ke lokasi makan ketiga yg popular Muslim Friendly iaitu Bada Yongdam.
Selepas makan kami pun ke hotel untuk berehat. Cukuplah untuk harini.



Maaflah, kami tak makan Abalone…memang tak tertelan tekak kami. So kami memang tak order. Tak boleh beb. Aku sendiri rasa kuah dia masa first day order memang tak dpt teruskan. Huhuhu.

Berkaitan2 kos2 perjalanan nanti aku updatekan dalam post khas berapa aku kene semasa nak gi sini. Tapi roughly tak sampai RM7k pun untuk kami 4 orang.
Tapi ringkasnya
Flight RM3910
- Flight RM3910
- Hotel dalam RM1000 (3 hotel)
- Makan RM340 first day, RM250 second day, RM150 third day. So dalam RM1000 gak la sebab Korea ni memang mahal beb terutama Jeju ni.
- Goodies2 beli aku rasa dalam RM400-RM500 gak
100,000 won = RM340
10,000 won = RM34
So if korang sewa apartment, masak sendiri lagi better kot. Sini makan memang mahal yg amat ya. Memang sangat mahal. So embrace yourself ya.