Dalam kehidupan ini, aku pun akui memang ada tak betulnya dalam setiap hari aku lalui.
Ada kalanya keputusan yang aku buat tu aku memang dah tau akan menyusahkan orang dan akan jadi tak betul tapi aku layankan aje buat jugak.
Dan hasilnya memang tak betul pun.
Tapi sebab apa jadi begitu aku sendiri pun taktau tapi aku just buat jugak walaupun ianya akan mendatangkan pelbagai kesan.
Aku taknak bercakap bab buat benda yang sememangnya dah betul sebab hasilnya akan baik insyaAllah.
Tapi aku nak bercakap dari soal apabila kita melakukan sesuatu itu yang samada ianya akan pasti takkan menjadi atau takkan membantu ATAUPUN ianya mungkin akan berjaya atau tidak.
Sebenarnya apa yang aku buat pun adalah memastikan kita go with the flow.
Kita tidak mampu membuat keputusan yang terlalu sempurna sehingga menjejaskan kehidupan dan pemikiran kita.
Akibatnya, stress melampau terjadi dan terasa amat terseksa dan berfikir-fikir keputusan tersebut.
Jadi, aku akan buat apa yang difikirkan perlu dan sebarang permasalahan aku anggap akan diperbetulkan kemudian.
Dan jika berlaku sesuatu keatas kesilapan tersebut, keputusan lain akan dibuat.
Yang penting disini adalah aku berfikir aje yang tidak akan ada sempurnanya keputusan kita.
Apa yang kita buat kita just buat aje dan apa yang berlaku pada masa hadapan hanya masa akan menentukannya.
Tak usah berfikir melangkaui pemikiran pada waktu “present” iaitu sekarang secara melampau sehingga menjejaskan diri dan stress terlampau.
Buat aje dan biarkan ianya berlalu mengikuti arus masa. Dan move on ke next one. Apa nak berlaku, berlakulah. Kita hadap aje dan buat keputusan lain jika tak boleh.
Salah dan silap ini kita kena akui yang kita bukanlah takkan langsung suci dari dosa. Yang penting kita perbetulkan.
Kegagalan adalah sesuatu yang amat baik untuk bagi kita pengalaman hidup berguna.
Tangani dengan positif dan semampu boleh. Jika tak mampu, buat aje mana yang mampu dan teruskan hidup.
Apa yang berlaku telah pun berlaku. Kita move on dan bergerak ke hadapan.
InsyaAllah nanti kita akan jadi cekal dan tabah dalam hadapi sebarang jua masalah.
Kita tangani dengan elok dan tanpa stress melampau sehingga tertekan hidup. DO what we can with our best. Manusia ni tak sama. Masing2 ada kelemahan dan kekuatan masing2. Accept what we are and accept apa yang di sekeliling komuniti.