Salam,
Kami sekeluarga datang makan petang di sini pada hari ini 17 Oktober 2020 sektiar jam 3 petang. Kebetulan minggu ni pelawat dari KL, Putrajaya dan Selangor tiada sangat sebab mereka sedang PKPB. Jadi sabtu yang sepatutnya ramai, jadi tak ramai sangat berbanding ramai yang sebelum2nya.
Order seperti di kaunter terlebih dahulu sebelum beratur untuk ambil makanan. Ini bukan macam kat Terengganu di mana kita amik makanan dan bayar. So di sini kita beratur dulu di kaunter order makanan dan kemudian baru beratur nak amik celup tepung.
Tapi jika anda order makanan2 lain seperti Char Kuey Teow, Nasi Goreng dan sebagainya, ianya akan hantar ke meja anda.
So pastikan jika taknak beratur panjang sangat, datang awal sekitar 2.45 hingga jam 3. Itu aku nasihatkan untuk sesi petang.
Bab parking memang korang kena pandai2 cari parking sebab ianya jalan kampung. dia ada parking sendiri tapi tu pun boleh muat beberapa aje kereta sekitar 20 kereta mungkin. Yang lain tepi jalan kampung la.
Makanan dia bagus. Cuma Char Kuey Teow dia RM15 sebab udang besar2. Aku rasa boleh aje depa buat Char Kuey Teow jenis biasa jangan letak udang besar sangat.
Aku dan keluarga order celup tepung set. RM30. Ada tepung, 4 ekor udang besar betul dan 2 ekor ikan. semua sedap dan gorengnya bagus2 tapi udang besar sangat dan kulit keras kalau nak makan dengan kulit2 sekali. So udang tu terpaksa di buang kulit yang disalut tepung tu jugak sebab keras kulit udang tu. Aku rasa patutnya guna udang yang lebih kecil yang kulitnya tak keras sangat dan boleh makan dengan kulit2 sekali yang bersalut tepung tu.
Sos dia limitkan. If nak tambah Rm1 jika nak beli satu bekas kecil.
Akhir kata, ianya pemandangan dia bagus la. Dan sama aje celup tepung ni dengan celup tepung yang lain2.