Sesuatu itu dirasakan ianya buruk dan agenda Yahudi apabila mereka addicted
Game ke, Berlari ke, Memasak ke, apa2 ke.
Asal nampk dia ni addicted aje terus blame benda yang dia tengah buat.
Sedangkan benda tu tak suruh pun buat.
Anda yang tak dapat kawal diri anda menyalahkan benda yang sedang dibuat.
Ada orang addicted asyik nak make up kereta aje.
Ada orang addicted asyik berlari aje tinggal anak bini/laki demi berlari siang malam
Ada orang addicted makan hentam minum manis siang malam
Disalahnya game, disalahkan kereta, disalahkan rokok, disalahkan larian, dan pelbagai lagi sebab ianya digelar agenda yahudi dan nak menyesatkan umat.
Sebab tu dua benda ni
SUKAN dan GAME kerap dipersalahkan.
Aku?
Aku main game sejak usia 4,5 tahun kot sekitar 1989 lagi. Guna disket.
Masa sekolah rendah beli cd game simpan duit belanja
Masa sekolah menengah siap fly gi main game kat luar
Masa kat univ main game Ragnarok Online pas isyak sampai subuh.
Alhamdulillah masih menjadi org.
Aku tak salahkan game. Aku salahkan diri aku addicted kot dan mujur jadi org sebab aku berjaya kawal.
Jadi kawal diri kita. Benda tu tak pernah suruh ko main tiap2 hari ke, tiap2 jam ke.
Kawal diri dan kawal anak.
Aku elok aje smp skg. Masih main game. PS5 aje tak beli lagi sebab game mane banyak lg. Pas setahun baru beli kot.
Sudah2 lah menyalahkan game. Agenda menyesatkan umat la dan lain2.
Kawal diri.
Disebabkan game aku seronok kaji bab2 matematik dan fizik.
Dan disebabkan game byk apps dan aplikasi pembelajaran SEMAKIN MEMUDAHKAN dan MENYERONOKKAN.
Belajar Arab pun seronok. Belajar jawi pun seronok.
So apsal benci sgt dgn game?
Hamzah
Ketua Jabatan Kursus Multimedia dan Game, FTMK, UTEM.