Setelah tamat pengajian master aku sekitar tahun 2010. Aku terus daftar untuk PhD aku pada awal 2011.
Sebelum daftar sekitar akhir 2010 aku telah berurusan dgn supervisor aku menggunakan email. So proses daftar kebanyakkan kena guna by hand dan terpaksa minta bantuan supervisor aku untuk hantarkan jugak. Cuma lepas tu sehingga sekitar 22 march 2011 baru aku datang dan daftar untuk ambil matrik kad PhD aku ni.
Aku dtg tu memang seminggu lebih selepas berkahwin pada pertengahan march 2011 tu. Macam mana aku ingat tarikh ni sebab semua ada dalam email aku so aku just search aje. Memang kiranya time tu terus honeymoon kat sabah la kot sambil mengambil kad matrik PhD aku ni. Hahahaa
Kameraman aku masa kat UMS time tu adalah tak lain tak bukan seorang sahabat aku yg juga satu jabatan dgn aku di fakulti skg. Banyak jasa beliau dan time tu aku baru kenal dia masa datang tu. Memang jenis lejen dia ni. Serba boleh. Muzik power, hadis power, programming power dan mcm2 lagi. Hahahaha. Korang taula sapa aku maksudkan. Hahahha
Yuran aku bayar guna sendiri beb time tu. Memang bertungkus lumus gak bayar. Dan flight apa semua. Mencabar minda, mental dan fizikal. Tp Alhamdulillah managed dan rezeki Allah ade di mana2.
Jadi aku smbg PhD ni secara part time aje, datang ke Sabah setahun beberapa kali kot tak ingat berapa kali dan self dicipline aje kuatkan smgt buat PhD jarak jauh. Kat universiti aku pun, aku declared jugak tp lewat skit. Ada la ada teguran sikit dari universiti melalui surat khas sebab lewat maklumkan tp depa terima aje. Hehehe. Dan semasa aku ambil PhD ni jugak, aku transfer ke fakulti aku skg dari fakulti elektronik. Sebabnya dah ade kursus game. Part tu aku cerita lain kali. Hehehhe.



