Arini mendapat khabar ayah seorang rakan baru meninggal dunia pagi tadi. Al Fatihah buat beliau and keluarga.
Takziah buat sahabat Mohamad Afif Bin Kasno dan keluarga. Beliau baru sahaja kehilangan mak beliau tahun lepas rasanya in 2021, dan diduga kehilangan ayahnya tahun ini pula. Sesungguhnya kematian itu benar. Sahabat baik saya ni saya kenal dari Forecast UTM MARA di UTM dan sahabat seperjuangan game juga.
Kemudian tiba2 keluar pula siakap keli buat post orang/keluarga yang pergi secara tiba2 (mudah).
Ada yg sihat kemudian sakit dada terus meninggal
Ada yang eksiden
Ada yg terjatuh
Ada yg sebab covid
Mostly semuanya mudah urusan.
Aku baca komen2 sebahagian dlm kat siakap keli tu sampai aku rasa tak leh nak baca dah kot. Sebak nanti.
Arwah ayah aku pun meninggal mengejut back in 4 Jun 2008. Mudah aje meninggal. Rebah di ofis masa nak masuk ofis awal dia dtg jam 7.15 pagi mcm tu. Dan terus meninggal lepas tu. Kat Kelantan time tu. Dia ulang alik Kelantan Kedah every 2 weeks.
Aku rase, betullah kehidupan dunia ni singkat beb.Bila buat sesuatu tu, buatlah dgn yg mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada orang. Hidup ni tak lama. Kejap aje. If bernasib baik sampai 80-90 tahun atau 100 tahun. If biasa2 60-70 tahun. If tak umur muda pun dah gi tak kisah 30 ke, 40 ke atau 50.
If ade salah, cepat2 minta maaf aje and tambah buat baik. Bekalan kat akhirat ni perlukan kebaikan aje beb. Usahlah dengki ke, buat jahat kat orang ke. Buat yg baik2 aje…
