28 Januari 2022

Wahhh.

Selamat Hari Jadi aku yang ke-37

Diam tak diam dah 37 tahun aku hidup di muka bumi ini. Aku teringat saat aku membesar aku takde pun nak sampai ke tahap ni. Bahkan aku takde pun dlm diri menyimpan hasrat nak menjadi pensyarah tersohor.

Edisi Khas Ringkas Cerita:Mcm mana aku kenal wife aku?

Aku kenal wife aku tanpa aku langsung tak pernah tegur dia walaupun aku MRSM sama iaitu MRSM Kuantan. Siap masa tingkatan 5 sebelah menyebelah kelas aje. Mane langsung tegur dan mana langsung aku pandang.

Aku memang jarang bercakap dgn perempuan. Tak percaya tanya geng kelas aku E2 di MRSM Kuantan. Atau dormmate aku. Aku memang kaki game. Siap aku jenis suka fly main game aje kat kedai game depan IKIP kat Kuantan tu. Dahla fly malam2 siot betul main game Age of Empire and Counter Strike. Hahahha.

So, aku kenal melalui MIRC. Lepas abis tingkatan 5 baru start berhubung guna MIRC atau Yahoo Messenger. Hahahha baru tau dia kelas sebelah. Dan masa di UTM baru berkenalan lebih lanjut siap ada satu hari tu aku ada kes nak merajuk bawak kereta laju2 konon2 di masa di UTM sedangkan lesen aku pun takde.wakaka dan kantoi la lepas tu lesen takde beberapa tahun pastu bila dia tanya aku. Tapi perempuan dia dah tahu dari mula ni tp saje rahsiakan dari aku yg aku mmg takde lesen pun.

Dan wife aku ni la sumber motivasi aku untuk aku mengurangkan main game isyak ke subuh. Sebab pointer aku teruk siap 2.10 dan 2.11 aje dpt dua semester berturut2. Bila aku sedar terus aku memperhebatkan kenaikan pointer dengan beberapa anugerah dekan lagi Alhamdulillah.

So thanks to her that she the one that made my life full of joy. And also to my daughter Zahra, and my son Zayn. Tak lupa juga semua keluarga belah aku and wife, sahabat2 sekolah, geng forecast, geng UTM, geng di UTeM, geng Kuatagh Runners, dan semua yg kenal diri aku atau pun tak kenal pun takpa. Semua la. Aku doakan semua murah rezeki, dirahmati Allah dan diredhai Allah.

Alhamdulillah for the nikmat kehidupan ini. Thank you Allah.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: