Salam pagi. Kadang2 dalam kehidupan sebagai kakitangan awam berstatus pensyarah di sebuah badan berkanun di universiti ni ianya ibarat mcm penjawat awam peringkat persekutuan jugak tp peraturannya telah diadaptasi mengikut keperluan universiti.
Aku pun taktau la betul aku cakap ke tak ni tapi contohnya bab kehadiran di universiti aku ni for pensyarah setakat ni flexible tempat dan masa. Datang aje bila2 masa and clock in (guna apps aje pun boleh janji dlm lokasi kampus) mane2 pun boleh. Datang jam 10 pagi ke, balik jam 3 petang ke, balik 9 malam ke.
Sebab keje as pensyarah ni tak ikut masa. Malam la kenkadang masa menanda, masa buat kelas, masa buat paper, masa buat research, hujung minggu pun dibalunnya buat research.
Ada kalanya ada masa free yg panjang, takde meeting takde bengkel, kelas etc takde. Keje pun tengah takde sgt. So busy tu bukan sepanjang masa. Cuma time free tu, kebanyakkan carilah buat peluang collaboration ke, tulis buku ke, dan mcm2 lg. ini jenis yg pensyarah aktif la. Maksud aktif tu jenis nak contribute more and naik la pangkat macam Prof Madya ke, Prof lebih cepat. Byk point dicari.
Ataupun ko jadi aje lecturer yg go slow and steady. Kumpul skit dgn tenang and relax. Ataupun mmg malas langsung bab2 naik pangkat ni. Itu lg byk free time ko ade.
Aku? Aku jenis yg middle type aje. Tak laju tak slow. Aku go with the process aje. Nak jalani kehidupan dgn tenang balance dgn famili and hobi berlari and main game aku. Itu kehidupan aku.
Yela, ko cuba pikir, main game (kajian teknologi dan mekanik game) adalah penyelidikan ko. Buat game adalah pengajaran kelas ko. Fuhh. Itu dah bukan bergelar pekerjaan. Itu ko buat sesuatu yg mmg ko minat. Jadi ini mmg apa yg aku seronok lakukan. Dahla ade tempat berjogging yg baik dan stadium ada track and kelengkapan sukan.
Semoga Allah memberi rezeki dan kemudahan kepada keluarga dan rakan2 ku serta seluruh umat Islam ini sesuatu yg mereka perlukan dan kehendaki. Amin. Serta berikan kesihatan yg terbaik buat kami semua.
Syukur Alhamdulillah.

