Selamat Hari Raya 2021

Masa

Diam tak diam. Hari Raya ketiga pada 2022 ni telah pun hampir selesai. Dulu kita berkira bila la nak raya ataupun masa Ramadhan masa yg panjang bagi sesetengah orang.

Banyak benda kita dah lalui dgn Alhamdulillah jayanya.

Tatkala kita memikirkan jalan jem sgt time nak balik raya, hari ni kita dah lupa rasa ketika jem tu. Dah selesa dah duduk di rumah dan berborak dgn keluarga.

Tatkala kita kelam kabut menyediakan masakan untuk hari raya secara tiba-tiba, arini dah nak abis dah makanan yg banyak tu.

Banyak benda dan perkakasan dah disimpan dalam rak atau tempat simpanan dah.

Dalam beberapa hari ni kita akan habiskan dgn beberapa rumah lagi. Kemudian nanti akan tiba hari which is dalam Isnin depan atau Selasa mungkin dgn rutin harian yang biasa balik.

Cepat bukan masa berlalu. Itulah fungsi masa. Adil dan saksama. Makhluk Allah yg sentiasa Adil.

Kaya ke, miskin ke, sihat ke, sakit ke atau tak kisah bagi apa jua makhluk bernyawa. Masa bertindak seperti yg diarah Allah S.W.T.

So, apa yg kita nak buat supaya taknak rugi dgn masa yg diberikan?

Amal kebaikan dan ibadah.

Itu aje. Isikan segala perkara dan urusan kehidupan kita dengan perkara ini.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: