Raya dan Raya

Waktu di Kebun Pak Mentua aku di Hulu Langat.

Pak Mentua aku ni umur 68 tahun ni (2022). Namun semangat dia sangat baik dlm mengusahakan kebun dia ni. Rumah ni dibina dari tahun 2018/2019 tetapi berfasa untuk kemudahan2 yg lain. Mcm yg tempat aku bergambar ni dulunya simen aje dan kena pakai selipar dalaman. Tapi skg dah bertiles.

Depan area ni pun dah bersimen untuk nak parking kereta senang. Atau nak buat keje2 memasak ke atau sebagainya.

Cuma itulah, arwah mak mentua aku berhajat sgt nak beraya disini. Namun tak kesampaian.

Tapi tak mengapa, kami teruskan hasrat dan hajat mak mentua aku untuk beraya. So berkumpul semua adik beradik wife aku sini. So dpt beraya dgn Alhamdulillah baik dan sempurna.

Even sehingga sekarang, aku dah kat Kedah dah pun dari raya ketiga namun pak mentua aku masih lagi di kebunnya ni ditemani adik-adik wife aku duduk disitu.

Rumah di Kepong maybe akan pulang kot sekitar sehari dua lagi. Rumah tu tetap kene balik dan duduk, manakala di kebun ni sementara aje.

Aku pun di kebun tu mmg tak minat and tak reti buat sebarang keje2 bab kebun ni. Nak masak lemang ke, pertukangan ke, dan bab2 berkaitan kerja2 fizikal mmg aku akui kurang sikit. Bab perkomputeran dan games mmg aku leh la kot.hahahaha. Sebab tu trail run aku jarang masuk, hutan apatah lg. aku semua suka road run aje.

So. Itulah serba sedikit kisah aku di kebun. Kebun ni menarik, natural feeling beb. Main mercun pun tak ganggu org tempat ni.

Cuma untuk orang mcm aku, yg jenis menghadap komputer, gadjet, fasiliti mcm hospital and shopping complex mesti berada dekat, maka agak sukar sikit. Aku kena jujur. Aku sembelih ayam pun tak reti. Potong ayam pun apatah lg. bahkan aku siap spend masa 4-5 jam buat coding sedikit untuk some graphics simulation.

Tapi itulah kehidupan, kita ada pelengkap kepada kekurangan. Kita bertolak ansur dan hadap any kekurangan atau kelebihan.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: