Raya Ke-4 2022 1443H

Semalam selepas zohor beraya di rumah pak saudara belah keluarga mak mentua. Pak Man namanya. Dia adik yg sebelum yg last dalam keluarga mak mentua aku. Mmg kerap kitorang beraya atau sesaja gi bila aku dah kawen dgn isteri aku.

Pak man ni dia bekas askar, dah pencen lama dah. Yg bestnya mostly bila kitorang dtg, dpt makan macam2. Sedap2 makanan pulak tu. Bagus betul depa ni. Siap dpt makan buah mangga kat rumah dia lagi cicah kuah rojak jenama mak bee.

Rumah dia dekat sgt dgn jeti kuala kedah, jeti kuala kedah ni mostly tak ramai sgt ikut sebab pelancong suka ikut belah kuala perlis lagi sebab lagi singkat perjalanan dan laut tak bergelora sgt. Tapi yg Jeti Kuala Kedah ni sesuai untuk yg nak bawak cargo. Hantar barang dan sebagainya sebab ada kemudahan cargo yang berbisnes hantar kat kuala kedah selalunya. Itu yg diberitahu oleh Pak Man la kat aku. Lagipun mmg adik aku ckp yg laut kat kuala kedah ni bergelora sikit dan makan masa panjang nak ke Langkawi.

Selesai melawat rumah Pak Man ni terus kitorang balik dan singgah ke rumah Mak Tam di hujung kampung. Keadaan Mak Tam agak susah nak berjalan dah. Aku doakan agar diberi kemudahan yg baik buat beliau.

So, disebabkan hujan pada ptg menuju ke malamnya, aku takde gi mana2 sgt. Ada sahabat baik aku ajak gi rumah seorang lagi sahabat aku tp dah petang dan nak hujan sgt, aku pun taknak susahkan famili and invitation sahabat aku ni maka aku terus terang aje bgtau tak dpt memenuhi undangan. Mungkin di lain hari dpt sebab aku fokus balik raya kali ni nak bersama famili dulu. InsyaAllah dah reda sikit perasaan raya setelah pkp dua tahun, mungkin raya tahun depan atau lain masa akan aturkan balik melawat sahabat2 lain di tempat aku lahir dan bersekolah ni.

Itulah serba serbi raya ke empat di Kedah.

Zayn ketiduran di rumah Pak Man

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: