Pace kehidupan

Perbandingan.

Stress kebanyakan yg generasi muda bahkan kebanyakan generasi lain pun sebabnya keterlaluan sangat nak banding diri sendiri dgn org lain.

Zaman media sosial biasalah. Tengok org lebih sikit, laju skit ke, kaya sikit ke, rezeki lebih sikit ke dan pelbagai lagi.

Aku tak kata aku ni perfect. Tapi aku lebih pikir kepada apa aku nak buat dalam hidup aku tanpa keterlaluan pikir dalam sesuatu perkara.

Dalam dunia pensyarah contohnya. Korang tengok aku pun mane la power sgt tp takde la low sgt. Aku dtg keje flexible bukan jam 8 pagi. Jam 10 pagi mostly baru aku dtg. Ptg kenkadang jam 4 lebih balik. Atau ada aje jam 6 baru balik. Tak ikut masa sebab ikut KPI. Ada meeting aku datang ikut masa. Takde meeting aku santai and buat keje2 yg pensyarah hakiki kene buat.
So nak expect ape sgt sebab ko dpt ape yg ko usaha. Yg kerja keras dan padu akan dpt lebih. Naik pangkat awal ke, makin laju ke.

Aku tulis geran jugak, buat penerbitan jugak. Tapi bersederhana. Aku tak pikir nak dptkan 5 ke 10 jurnal setahun TAPI takde la pikir nak buat minimum aje. Aku tengah2. If xdpt takpe. Aku tak gelabah pun.

Dan aku tak ikut PACE (kelajuan) org lain. Lantak depa la nak lari laju dari aku ke, tempek jarak jauh dari aku ke. Dah depa mmg laju and mmg padu dari aku, nak buat mcm mana. Depa spend masa lari dan berlatih lain dari aku. Mungkin depa byk masa dari aku lagi. Kerja bebas dari aku lagi atau mmg gifted dgn bakat lari ke etc.

Aku buat aje mana aku mampu. Tipu la aku ckp aku tak terasa 100% org lain lagi padu dalam bidang pensyarah ke, larian ke dari aku. Cuma aku tak terbawak2 sgt. Ucap tahniah kat depa and fokus kat diri balik. Korang tak perlu stress “keterlaluan” sebab nak jadi hebat mcm org lain yg mungkin dpt sesuatu di usia lagi muda, kaya dari korang ke, laju dan padu dari korang ke. Relax and cool. Kita santai aje ikut kita.

Korang teruskan aje apa yg korang buat. Improve sikit2 pun ok if tak mampu nak kejar laju2 depa yg power dlm bidang depa tak kisah lah bab pensyarah ke, larian ke, kekayaan ke, main game ke.

Hadapi rasa ketenangan “berlari” dalam “pace” kita. InsyaAllah kita akan rasa lebih selesa dan kurang stress. Pesanan kat diri aku jugak ni.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: