Influencer

Pilihan (Choice)

Aku baru baca artikel yg bertarikh sekitar 2019.

Perihal seorang bapa di Bangladesh meninggalkan keluarganya untuk bekerja di Malaysia sudah selama 25 tahun. Tak pernah balik semenjak itu.

Sekarang berbalik kita kepada diri kita.

Aku nak sentuh bab berlari aje.

Kita ada PILIHAN selepas subuh (hari minggu):
1) Tido balik
2) Main Game PS4/5
3) Jogging depan rumah aje
4) Start kereta dan pergi berlari di kampus
Dan sebagainya.

Setiap satu tu ada pergorbanan dan BERATnye tersendiri. Maksud berat adalah motivasi yg sekuat mana nak buat sesuatu tu. If malas apa akan berlaku dan if rajin apa akan berlaku.

Dalam bidang akademia pulak, ko nak berusaha naik sehingga Professor secepat mungkin atau nak biasa2 atau nak relax with bare minimum KPI. Itu semua pilihan. TIADA SEORANG akan judge.

Asalkan tiada unsur dengki hati dan hasad kepada orang lain. Rezeki itu masing2. Ada orang sekejap aje dapat lari pace 3/4. Ada org kene rajin berlatih. Ada yg mmg genetik badan low Heart Rate dan ada yg memang kena latih badan.

Sebab itu, setiap apa yg org itu buat, itu pengorbanan dia. If tanya aku sanggup tak nak lari tiap2 hari pagi petang, MEMANG takla hahahha sebab aku pilih untuk sekadar santai and hobi TAPI aku minat berlari. Sebagai apa? Sebagai hobi dan minat. Aku tak pilih sebagai seorang atlit.

Jadi. Buat pilihan yg anda suka. Jgn terikut orang. Rugi beb ikut orang. Dia enjoy hidup sebegitu. Orang yg terpaksa mengikut orang lain akan rasa stress. Sebab nak jadi mcm dia.

Apa jadah nak jadi mcm org lain. Jadi diri sendiri la senang.

Aku bangkitkan hal ni, sebab makin banyak pelajar jumpa aku stress kehidupan depa. Zaman dulu takde sgt. Skg aku mcm pakar psikologi la plak. Mmg betul, bersiap sedia hadapi generasi yg “terlalu influence” dgn orang lain. Jaga dan perhatikan anak2 anda. Inform diorang:

Be yourself.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: