Alhamdulillah. Cuaca tak la panas sgt tp managed. Just some easy run. Mostly stick dgn zone 2-3. Dan Alhamdulillah dah melepasi gate 100km untuk biib event. Semoga semua kekal cergas.
Ingat, buatlah apa yg anda seronok lakukannya. Lakukan dgn gembira. Tak kisah dalam meluangkan masa dgn keluarga, dalam kerjaya dan lain2. Lakukan dgn seronok dan yakin. InsyaAllah, anda takkan rasa terbeban.
Minggu depan ada larian Milo pada 16 Sept di Dataran Merdeka, KL (jumaat ni)
So hari ini amik race kit kat Sunway Velocity Mall. Bawak sekali sepupu si Zayn and Zahra. Ayris namanya. Dia anak sulung adik wife.
So, tiga orang je boleh participate. Sebab bawah 7 tak dibenarkan daftar. So bawak ajela guna stroller nanti sebab takut dia tak larat pulak untuk 2.5 km nanti (sikit je distancenya). 2.5 km ni if jalan santai dalam 30 minit jugaklah. If tangkap2 gambar sambil tu maybe boleh dapat 40-45 minit dah selesai.
Benda ni memori. Sampai bila2 pun tak boleh dibeli. So aku target tiap2 tahun mesti ada sekali event larian dgn famili aku daftar. Larian milo ni mmg tak pernah miss sejak 2018 bawak famili. 2018 and 2019 mmg dah join. Satu famili. Cuma kali ni dia tak boleh pulak setkan bawah 7 tahun.
Berlari dan Melancong. Walaupun nak melancong kena ada masa and duit, kita concentrate berlari sebagai main focus. Aku mmg suka berlari. Cuma sejak depa sumbat aku ke management ni aku terpaksa selit2 lari dan hadir meeting. 🤣🤣. Terkejar2 beb. Tu yg haru tu hahahha.










