Akhir Tahun 2022.

Alhamdulillah. Tiga hari yg agak mencabar berlalu dgn baik. Aku pun tak berkesempatan nak tulis sebarang update. Tp aku rasa dalam tempoh yg agak lama, dpt sekeluarga adik beradik berkumpul. Tapi gambar ada dalam kamera photographer yg official. Tunggu photographer bagi access ke all photos la kot. Hehhee.

Nanti sebentar lagi akan bertolak pulak ke Kuala Lumpur. Post ni ditulis jam 3:26 pagi. Penat pun dah hilang dan menunggu masa pulang ke selatan. Balik KL dulu pastu lepak few days sebelum balik ke Melaka. InsyaAllah.

Masa ni cepat sahabat2 dan rakan2 serta keluarga2 sekalian. Cepat aje benda yg lagi lama nak dibuat, rupanya pejam celik pejam celik dah habis berlalu. Tahun 2022 nak habis. Pasni masuk 2023. Sekejap aje bro. Budak dah naik tahun, kita pun naik tahun makin tua. Allah dah pesan, hidup ni sekejap aje. Pinjaman aje dan kene penuh dgn amal ibadat yg sebaiknya.

So semoga semua yg bercuti penuhkan dgn aktiviti dgn keluarga atau rakan2 yg korang dah rancang baik2. Bab keje tinggal dulu. Dah korang cuti, luangkan dgn apa yg korang dah rancang. Masa cepat berlalu. Manfaatkan.

Okeh ith aje setakat ni, InsyaAllah larian akan diresume kembali paling kuat hari rabu 28 Dec nanti. Skg masih off larian dulu kita spend masa with all family matters. Kita bukan atlit. Fitness pun tak total 100% ilang. Seminggu tak lari just off fitness dlm 10-20% yang akan kembali cargas dlm masa 1-2 minggu easy run. Hehehe.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: