Salam,
Saya sebenarnya kagum event ini diorganise semua bab traffic failed skit untuk pengguna jalan raya dan lebuh raya sebab kesian depa jam lama betul sampai standstill.
Namun amat berharap depa akan improve next year.
Berbalik kepada larian,
Ya ada bukit juga perlu didaki.
Tu pace lari smp 6 min per km untuk dua lap (dua km) dan kembali ke pace 5 selepas tu.
Tiada masalah sebenarnya bab nak lari pace 5 lebe ni tapi masalah aku adalah tak makan sgt
Pagi ada la makan sandwich sardine dua ketul
Tengahhari makan nasi + ikan keli tu pun half of plate aje sebab takde selera sangat
Petang jam 4 makan daging burger aje. Roti burger tak makan.
Air bantai teh ais yg smlm aje.
Pastu tak minum apa dah kecuali masa lari beberapa teguk.
Persiapan?
Seminggu sebelum run 10km.
Pastu hari khamis buat 3 km aje hill Taman Botanikal Ayer Keroh.
Pastu lari 10km.
Tu aku nak pitam lepas lari 10km(total 9.8 aje) dekat HSN21km.
Ok nah gambar