Insan yang bagus dan ajar aku EMT.
Aku teringat lagi, aku walaupun mmg bab subjek EMT mmg teruk beb. Tapi kelas dia mmg the best. Aku dapat C beb untuk EMT 1 dan EMT 2. Hahahaha. Tp aku syukur sebab walaupun aku tak minat subjek tu tp kelas dia the best.
Dan satu ketika tu aku cuba nak minta upgradekan markah dari C kepada yg lebe baik tp dia pesan kat aku yang ayat lebe kurangnya adalah “gred tu mungkin sesuai dgn kamu dan ditakdirkan untuk kamu, mungkin ada sebabnya dapat gred begitu demi masa depan kamu.” Ianya lebih kurang begitu tapi ayatnya begitu menenangkan dan aku macam agreed yg gred ni ada hikmahnya aku dapat C.
Kemudian masa berlalu pantas dan aku selesai Bachelor in Engineering (Computer) pada 2007 dan seterusnya Master in Com Science 2010 dan dah dpt kerja as Lecturer etc., berkahwin (2011), ada anak dan sebagainya.
Dan dalam sekitar 2013-2014 kot if tak silap kat sebuah restoran di Skudai. Terserempak dgn dia time aku dgn wife and anak aku yg first Zahra. Time tu dia tengah makan sensorang aku pun tegur dia. Borak kejap dan Gembira juga dpt bertemu dia dan aku ckp aku tgh amik PhD dah skg (time tu).
Aku pun kemudian makan dgn wife and anak di meja lain taknak la ganggu dia makan. Sedang aku makan dia dtg meja aku dan ckp mintak diri dulu dan jumpa lagi. Kitorang pun ok ajela.
Time nak bayar rupanya dia dah bayarkan. Murah rezeki dia. Fuh dasat betul charisma dia. Dia antara individu yang paling aku hormat. Dia relax dan santai beb dgn pelajar2 dia. Dia tahu org muda ni mcm mana dan mcm mana nak tarik perhatian org muda. Aku respek beb senior/veteran gini. Aku mmg tabik dan if aku jumpa dia mmg dia antara paling aku hormat.
Percayalah guys, if nak tarik org muda. Kita kene tahu how to react and act. Guna kebijaksaan. Adakala ego itu kita kene ketepikan dulu. Budak memang betul kenkadang dia main taram aje email la, whatsapp la. Tp cuba ko perhalusi org muda ni pattern dia. Diorang ni young and terlalu mentah. So kita kene try cuba shapekan diorang dulu. Diorang maybe tak tahu itu atau ini tak betul. So lets play cool first.
Kelak mane tahu, student tu mencari org yg paling dia hormat dan respek habis. Iaitu diri ko. Walaupun student tu dulu jenis main taram dan ego betul dgn pensyarah.
Apa2pun itu pilihan hangpa. Hangpa tentukan ye.
aku masa nak apply master jumpa beliau, minta pendapat, rupanya, supervisor aku nak apply master pun jumpa dia jugak. Hoo legend