Korang nak lari dengan padu?

Dalam dunia larian ini. Untuk jadi padu sesiapa pun boleh asalkan tiada masalah awal seperti bab lutut, jantung dan sebagainya. Jika memang sihat, semua bacaan darah elok. Anda boleh jadi padu dan power. Cuma beberapa perkara aje korang kena amik peduli.

Aku cakap bab nak jadi seorang yg padu bab larian, bukan sekadar pelari santai. Walaupun depa yg padu ni pun takkan mengaku depa padu dan ckp depa ni santai. Tp depa ni padu hahahaha.

1) Mental. Ini penting beb. Motivasi kena tinggi dan minat bab nak lari ni kena unggul. Korang kene sanggup mental hadap lari hampir setiap hari. Mmg kat FB dia bab larian tu mesti ada. Disitu korang dpt detect dia ni mmg padu atau sedang menuju ke arah pelari padu.

2) Mileage. Bab ni kena tengok org. Mcm aku mmg jenis 5-10km aje nak lari. HM and FM aku tak amik port. Aku berlatih pun 3-5km aje. Kenkadang buat long run pun sejam aje atau 10km. Melainkan terpaksa. Ok kalau korang tengok otai2 yg lari sub HM tu dua jam dan ke bawah. Mcm 1 jam 45 minit ke, 1 jam 55 minit ke. Mileage weekly (seminggu) koman2 40km-50km. If geng2 padu teruk? Depa 70-100km per week. Tu yg jenis pace 4 tu standard celah gigi aje. HM mmg gi sub 1:30 dan FM pulak sub 3 hours. Geng Kenya? Depa weekly 200km mostly. Hahahaha. Tp ingat, lagi lama korang tingkatkan weekly run, lagi padu akan pergi. If sekadar 20-30 km mcm aku boleh aje tp jgn mimpi pace 3 atau small 4 la kengkawan. 5km kot pace 4, 10km pun sekadar big pace 4 atau small pace 5 aje. HM mmg ke laut kalau ko buat 20-30 km aje seminggu, dpt la pace 6 kot. Melainkan genetik ko membantu.

3) Suppliment. If ko ade duit beli suppliment protein rm200 sebulan spend. Makan ikut time. Bantu otot ko cepat recover and jadi lagi padu. Aku? Tak beli pun. Hahahha

4) Orang yg ada gadjet kasut power, jam power, HRM strap dll menunjukkan dia serious jugak run. Melainkan mcm aku yg walaupun ade tp aku mmg bosan melampau lari lama2. Aku minat lari tp minat lari 5-10km aje, cepat setel.

Kesimpulan? Ko nak jadi runner jenis apa ko tanya diri ko. Aku minat lari pun serious, minat main game pun serious dll. So tanye diri kat mane. Hehehe #hamzahasyrani #running #seriousrunner #runner

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: