Aku masa ambil PhD adalah sama aje mcm orang lain. Takde ada istilah mudah ke susah ke. Sebab ramai ingat PhD ni digambarkan susah majoritinya dan senang pada sebahagiannya. PhD bukanlah bab contribution tu paling penting.
Tapi yg penting adalah PROSES MENJADI SEORANG RESEARCHER. Itu matlamat PhD sebenarnya. Contribution memang InsyaAllah akan ada dan dapat. Tapi aku kena buktikan ada sebab kenapa begitu, bagaimana dapat begitu, tujuan apa nak buat begitu, penting ke buat begitu dan pelbagai lagi soalan. Sebab tu yg penting pun sebenarnya Chapter 1, 2 dan 3 dalam thesis PhD. Chapter 4 dan seterusnya bab contribution separa penting aje. If ko kemas chapter 1,2 dan 3 tu yg lain InsyaAllah champion la. Tu ko boleh tgk org dpt thesis terbaik dan sebagainya aje. Sebab mostly depa champion beb bab chapter depan2. Aku? Aku dikalangan penerima LhD marheem aje hahahhaha.
Sebut bab thesis, dekat 5 kali kot akh hantar ke supervisor aku. First hantar dalam awal 2013, dalam pertengahan 2014 rasenye baru boleh submit for VIVA dan seterusnya VIVA dalam Jan 2015. Hahahha. Konvo pulak dalam hujung tahun 2015. Tu gambar masa 2015 seleps konvo la tu. Dtg rumah supervisor aku kat sabah. Hahahaha.
Dekat setahun setengah beb perbetulkan thesis. Tp bukan betulkan thesis aje. Tp ubahsuai experiment dan pelbagai lagi. Sebab tu if korang sambung master atau PhD by research. Pastikan tulis aje awal2 thesis tu, siapkan rangka. Mahirkan nak tahu apa tu Research Background, Problem Background, Research Questions, Research Objectives dan Scope. Ade aku tertinggal tak? Yg lain mcm chapter 2 tu just literature reviews aje. Campak semua bab research ko yg berkaitan (semua tp bukan semua ye). Chapter 3 ko concetrate bab methodology (mcm how you going to do experiment etc).
Aku ingat lagi sepanjang 2011 sampai 2014 tu berjaga malam jam 2-subuh tu biasa. Sebab siangnya aku kene keje la beb jadi pensyarah hahaha. Tp takla tiap2 hari. Seminggu 2,3 kali aje bangun. Skg dah makin tua susah skit nak bangun berbanding dulu. Maybe siang dah mcm2 keje ofis and rumah kena handle. So malam rest.

